USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Nur Erni Asyira Binti Mohd Asri

Umur

: 19 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Cik Erni Asyira merupakan peniaga kecil-kecilan di Lenggong dengan membantu perniagaan bapanya iaitu berniaga makanan di gerai. Menu popular di gerai beliau adalah nasi ayam berempah, mee udang, mee kari, laksa dan ais kacang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai sedikit asas komputer sahaja. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana berminat untuk mengikuti kelas ICT dan keusahawanan yang dijalankan di PI Lenggong.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak menjadi ahli Pusat internet Lenggong pada febuari 2017, Cik Erni Asyira telah mempelajari kelas ICT dan keusahawanan. Kelas grafik yang dipelajari di Pusat Internet telah membantu Cik Erni menghasilkan banner untuk perniagaan bapanya. Petugas Pusat Internet juga turut membantu beliau menjual produk di MyShop dan perniagaan online yang lain.