BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: En Sufian Bin Yeop

Umur

: 74 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

En Sufian merupakan seorang pesara kerajaan. Beliau mula mengenali Pusat Internet sejak 2010 lagi semasa beliau masih bergiat aktif di dalam NGO. Setelah beliau bersara dari semua aktiviti , beliau mula meluangkan masa untuk belajar komputer di Pusat Internet Lenggong bagi mengisi masa terluang beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, En Sufian telah mempunyai asas microsoft word dan internet walau pun masih kurang mahir penguasaannya

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Untuk mengisi masa lapang sebagai pesara, En Sufian telah mengikuti kelas Microsoft Word, Microsoft Power Point dan internet untuk menambah ilmu ICT. Beliau juga turut mempelajari cara-cara menggunakan komputer riba kerana beliau mempunyai sebuah komputer riba tetapi kurang mahir menggunakannya..Selain itu, En Sufian juga sentiasa mengikuti program di PI selain kelas seperti Hari Bersama Komuniti, Program Dashboard Komuniti, Program Jom Sihat dan lain-lain lagi. Kini En Sufian semakin mahir menggunakan komputer dan internet.