Terima Kasih Pusat Internet 

  

Adik Mustataqim Bin Abdul Harani merupakan pelajar tahun 3 Sekolah Kebangsaan Lenggong merupakan ahli berdaftar di Pusat Internet Lenggong. Pada permulaannya, adik mustaqim beranggapan Pusat Internet  Lenggong ini seperti "Cyber Cafe" lain yang menawarkan penggunaan internet terutama games. Namun begitu, tanggapan beliau berubah setelah memulakan sesi pembelajaran komputer secara percuma di Pusat Internet  Lenggong. Setakat ini beliau telah mengikuti kelas asas komputer, microsoft word, microsoft publisher,microsoft power point,microsoft excell dan kelas asas adobe photoshop. Segala ilmu yang dipelajari di Pusat Internet  Lenggong telah digunapakai di dalam sistem pembelajaran di sekolah. Beliau juga berterima kasih kepada Pusat Internet  Lenggong diatas peluang yang diberikan sehingga beliau semakin mahir menggunakan komputer dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru-gurunya disekolah. Dengan menyertai program klik dengan bijak juga, beliau dapat mengetahui segala kebaikan dan keburukan dalam penggunaan internet. Pembelajaran beliau tidak berhenti disitu, sehingga kini beliau masih meluangkan masa untuk menyertai segala program yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet  Lenggong.