USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Rohana Binti Abd Ghani

Umur

: 38 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar Belakang

Puan Rohana berumur 38 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal. Beliau juga merupakan seorang usahawan di Lenggong. Beliau menjual pisang goring dan kuih muih.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Rohana telah mempunyai asas Microsoft Office dan penggunaan media social.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas di PI Lenggong, Puan Rohana lebih mahir menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel. Melalui Microsoft Excel, beliau telah belajar membuat akaun bulanan (wang keluar masuk) untuk perniagaannya supaya lebih teratur walaupun hanya berniaga kecil-kecilan sahaja. Selain itu, beliau juga belajar Adobe Photoshop dan berjaya mereka cipta ‘banner’ untuk gerainya mengikut citarasa sendiri. Petugas PI Lenggong juga mengajar cara-cara menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Selain itu,Puan Rohana juga sentiasa menyertai kursus/program selain kelas di PI Lenggong seperti Kursus Latihan Pengendali Makanan, Hari Bersama Komuniti, Jom Sihat dan Dashboard Komuniti