USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Suria Binti Abdul Rahim

Umur

: 36 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Suria berumur 36 tahun dan merupakan seorang kakitangan swasta dan usahawan di Lenggong. Puan Suria menjalankan perniagaan secara agen dan dropship.Antara barangan yang dijual adalah seperti minyak wangi,permaidani,ikan masin,ikan bilis,kuih muih dan sebagainya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai sebarang asas komputer tetapi sangat berminat untuk belajar. Maka beliau datang ke PI Lenggong untuk mendaftar sebagai ahli dan seterusnya mengikuti kelas yang dijalankan di PI Lenggong.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan program-program keusahawan yang dianjurkan oleh PI Lenggong, Puan Suria semakin aktif menjalankan perniagaan dropshipnya melalui media social untuk menambahkan jaringan perniagaannya.