Terdapat beberapa persatuan yang masih bergiat aktif di Lenggong. Antaranya ;

  • Persatuan Bekas Isteri Angkatan Tentera Malaysia (SRIKANDI)
  • Persatuan Wanita PERKIM
  • Persatuan Jiran Tetangga
  • Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Lenggong
  • Skuad Ameerah

 

1. Persatuan Bekas Isteri Angkatan Tentera Malaysia ( SRIKANDI ) Cawangan Lenggong

Persatuan ini ditubuhkan bagi membantu kebajikan isteri bekas tentera dikawasan Lenggong. Selain itu persatuan ini sering bekerjasama dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM ) Cawangan Lenggong dalam mengnjurkan aktiviti yang berkaitan. Puan Zaidah Bin Jahidin merupakan pengerusi SRIKANDI Lenggong.

 

2. Persatuan Wanita PERKIM

 Persatuan ini ditubuhkan bg membantu menyediakan perlindungan dan bantuan kepada anak-anak yatim, golongan miskin yang tidak berupaya tanpa mengira bangsa dan agama. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menolong golongan saudara baru bagi menambah kefahaman agama dan amalan di dalam akidah Islam. Ia turut membantu saudara baru yang dalam kesusahan,ditinggalkan keluarga akibat daripada memeluk Islam dan lain-lain.Persatuan ini dipengerusikan oleh Puan Norijah Binti Imam Lembik.

 

3. Persatuan Jiran Tetangga

Persatuan ini menggabungkan pelbagai bangsa dan kaum di Lenggong dalam mengeratkan perpaduan. Pelbagai aktiviti kemasyarakat yang menggabungkan pelbagai kaum dilakukan bagi memastikan hubungan sesama kaum tidak terjejas. Persatuan ini dipengerusikan oleh Puan Khadijah Binti Kasim.

 

4. Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Lenggong

Persatuan ini ditubuhkan bagi membela nasib ibu-ibu tunggal yang telah kematian suami atau ditinggalkan suami agar dapat meneruskan kehidupan. Persatuan ini sangat menjaga hal kebajikan ahli terutama dari segi khidmat kaunseling dan membantu untuk menambahkan ekonomi keluarga. Persatuan di pengerusikan oleh Puan Maimun Binti Ibrahim.