Tarikh

: 6 Januari 2023

Masa

: 9.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Lenggong

Peserta

: 1 orang

 

 

 

Tujuan

Menambah pengetahuan ICT kepada peserta.

 

Aktiviti

Seorang peserta telah menyertai kelas ini. Peserta diajar cara-cara untuk menghasilkan poster dan melalui kelas ini peserta dapat belajar pelbagai jenis tools seperti text, eraser, shape dan pelbagai teknik warna. Selain itu peserta juga diajar “keyboard shortcuts” untuk memudahkan penggunaan Adobe Photoshop.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

Disember 2022

Masa

: 7.00 Pagi – 10.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Lenggong

Peserta

: Ahli PEDi Lenggong

 

 

Tujuan

Melahirkan komuniti yang sihat dan cergas disamping merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti setempat.

 

Aktiviti

Program 10000 langkah bermula dari PEDI Lenggong sehingga ke kawsan swah pdi di Kampung Teluk Batu dan berakhir di PEDI Lenggong semula. Selesai 10000 langkah, peserta berkumpul di PEDi Lenggong untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan.

 

Gambar Aktiviti Disini  


 

Tarikh

: 15 November 2022

Masa

: 9.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi

: PEDi Lenggong

Peserta

: Organisasi

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Serahan PC lama kepada empat organisasi di Lenggong

 

Aktiviti

Senarai penerima PC lama PEDi Lenggong adalah Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah (MTQDI) Lenggong, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong, Tadika Islam Masjid Jamek Lenggong dan KRT Pekan Lenggong.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 26 November 2022

Masa

: 3.00 Petang – 6.00 Petang

Lokasi

: PEDi Lenggong

Peserta

: Pengusaha Makanan

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Memberi peluang dan kemudahan kepada komuniti Lenggong untuk menghadiri kursus wajib ini di kawasan Lenggong.

 

Aktiviti

PEDi Lenggong telah menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang bertujuan untuk memberi peluang dan kemudahan kepada komuniti Lenggong menghadiri kursus wajib ini di kawasan Lenggong. Kursus ini secara amnya memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. Kursus ini  melibatkan 14 orang peserta. Tenaga pengajar jemputan adalah daripada Sekolah Latihan Pengendali Makanan SIKAP INTAN Teluk Intan Perak.

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 13 November 2022

Masa

: 8.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi

: Resort Tasik Raban

Peserta

: Komuniti Setempat

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Memberi kesedaran Klik Dengan Bijak dan mempromosikan peranan Pusat Ekonomi Digital Lenggong

 

Aktiviti

Pusat Ekonomi Digital Lenggong telah membuka booth sempena Program Fit Forever Daerah Lenggong. Antara agensi lain yang turut serta membuka booth adalah Klinik Kesihatan Lenggong, Pusat Kanser Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Hulu Perak dan Lenggong Cycling Club. Terdapat juga beberapa gerai jualan usahawan tempatan. Aktiviti yang telah dijalankan di booth Pusat Ekonomi Digital Lenggong adalah kuiz Klik Dengan Bijak. Pelbagai hadiah juga disediakan kepada peserta yang berjaya menjawab dengan betul kesemua kuiz yang disediakan.

 

Gambar Aktiviti Disini