Program         : Pertandingan Kahoot! (Word Cookies)

Tarikh             : 14 November  2017 

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

 

 

 

Tujuan

Menguji pengetahuan dan kecekapan peserta dalam menjawab soalan yang diberikan menggunakan kuiz interaktif iaitu Kahoot!.

 

Aktiviti 

Seramai 16 orang peserta dari Sek Men Tahfiz Darul Ridzuan menyertai kuiz interaktif ini. Soalan yang diberikan adalah soalan "sinonim" dan "Antonim" yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Setiap peserta diberikan dalam beberapa kumpulan dan mereka akan berlawan antara satu sama lain.

 

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : Pertandingan Quizizz Bersama Pelajar Tahun 6 SK Bukit Balai, Lenggong

Tarikh             : 10 November  2017 

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Peserta          : Pelajar Tahun 6 SK Bukit Balai,Lenggong

 

 

Tujuan

Menguji kefahaman peserta dalam menjawab kuiz pngetahuan am.

 

Aktiviti

Para peserta seramai 9 orang dari Sek Keb Bukit Balai telah diberi soalan pengetahuan am untuk dijawab secara online. Setiap peserta mendapat soalan yang sama tetapi turutan soalan adalah berbeza.

 

Gambar aktiviti DISINI

 


Program         : Permainan Online Bersama Pelajar Tadika islam Lenggong

Tarikh             : 8 November  2017 

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Peserta          : Pelajar Tadika Islam Lenggong

 

 

Tujuan

Menarik minat pelajar tadika menggunakan komputer dan memberi pendedahan kepada mereka cara-cara menggunakan komputer.

 

Aktiviti

Seramai 28 orang pelajar bersama 2 orang guru pengiring telah menyertai kelas ini. Para pelajar dikehendaki mencantumkan gambar-gambar menggunakan jigsawpuzzel.com. Setelah siap mencantumkan gambar, mereka dibenarkan untuk melakukan aktiviti kesukaan mereka iaitu mewarna online. 

 

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : Kelas Adobe Photoshop Bersama Pelajar Tahun 6

Tarikh             : 9 & 10 November  2017 

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Peserta          : Pelajar Tahun 6 SK Bukit Balai,Lenggong

 

   

 

Tujuan

Memberi pendedahan tentang cara penghasilan poster menggunakan adobe photoshop.

 

Aktiviti

Kelas asas Adobe Photoshop bersama 18 orang pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Balai diadakan selama 2 hari di Pusat Internet  Lenggong. Para pelajar telah didedahkan tentang penggunaan adobe photoshop dalam menghasilkan poster.Setiap kelas terdiri dari 9 orang pelajar.

 

Gambar aktiviti DISINI

 


Program         : Pasca PT3: Pembinaan Laman Web

Tarikh             : 5 November  2017 

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Peserta           : Pelajar Tingkatan 3 Sek Men Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong

 

 

Tujuan

Menambah pengetahuan pelajar tentang cara-cara membina dan menguruskan laman web.

 

Aktiviti

Seramai 16 pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong telah menyertai kelas ini. Kelas ini diadakan bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Tenaga pengajar kelas ini ialah En Tajuddin Bin Ramlee, seorang pensyarah kolej swasta. Dalam kelas ini, para pelajar diberikan domain percuma dan diajar cara membina laman web sendiri. 

 

Gambar Aktiviti DISINI