Program : Merapatkan Jurang Digital Bersama PDK Lenggong September 2017
Tarikh : 5 September 2017
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Seramai 6 orang pelajar dan 2 orang guru terlibat di dalam program ini. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas komputer kepada pelajar OKU yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Module yang diajar adalah e-pembelajaran iaitu online colouring dan online puzzle.Semoga program ini dapat memberi pendedahan asas komputer secara santai kepada pelajar OKU.
Gambar Aktiviti Klik SINI
Program : Literasi ICT (Dashboard) Ogos
Tarikh : 12 Ogos 2017 (8.30 Pagi - 5.00 Petang)
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Pihak terlibat : 1. Ahli Pi Lenggong
2. Persatuan Ibu Tunggal Lenggong
3. Puteri UMNO Lenggong
4. MRSM Lenggong
5. Usahawan Lenggong
6. Wanita Lenggong
Program Literasi ICT dianjurkan bertujuan mempromosikan Dashboard Komuniti. Pelbagai pertandingan dan aktiviti dijalankan seperti taklimat Klik Dengan Bijak, Pertandingan Menaip, Pertandingan Kahoot!, Pertandingan Story Board, Pemeriksaan Kesihatan, Penerangan Dashboard Komuniti, Tutorial Muat Turun Aplikasi,Tutorial Muat Naik Produk di My Shop serta cabutan nombor bertuah. Program seumpama ini sangat perlu dijalankan supaya komuniti setempat dapat didedahkan dengan fungsi Dashboard komuniti disamping komuniti setempat dapat mengenali peranan Pusat Internet Lenggong.
Gambar Aktiviti Klik SINI
Program : Kelas E-learning Bertemakan Pekerjaan ( Beruniform)
Tarikh : 9 Ogos 2017
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Lenggong
Pihak Terlibat : Pelajat Tadika Kemas Taman Bukit Senyum Dan Tadika Kemas Kampung Chepor
Seramai 35 orang pelajar Tadika KEMAS telah hadir ke Pusat Internet 1Malaysia Lenggong untuk mengikuti kelas e-learning bertemakan pekerjaan. kelas e-learning ini diadakan pada jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan menarik minat para pelajar untuk menggunakan komputer. Pelajar telah diberi tugasan mencantum gambar-gambar yang bertemakan pekerjaan. Laman web yang digunakan untuk aktiviti ini adalah www.jigsawplanet.com dan www.thecolor.com . Para pelajar telah menunjukkan keterujaan mereka dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.
Gambar Aktiviti klik SINI
Program : Kelas Microsoft Excel Dan Microsoft Power Point Bersama JKKK Kampung Gelok
Tarikh : 9 Ogos 2017 ( 2.00 Petang - 6.00 Petang)
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Pihak Terlibat : JKKK Kampung Gelok
Seramai 6 orang peserta menyertai kelas Intel E-Basic yang terdiri daripada Jawatankuasa Keselamatan Kampung, Kampung Gelok. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dalam penggunaan Microsoft Office Excel dan Power Point kepada peserta sebagai Jawatankuasa Keselamatan Kampung. Semua peserta diberi penerangan tentang penggunaan Microsoft Excel dan Microsoft Power Point dan para peserta dikehendaki membuat latihan yang diberikan supaya para peserta lebih memahami tentang penggunaan aplikasi tersebut.
Gambar Aktiviti Klik SINI
AKTIVITI SEPANJANG BULAN JULAI 2017
|
KELAS ASAS ADOBE PHOTOSHOP 5 JULAI 2017 ( 9.00 PAGI - 12 TENGAH HARI)
LAPORAN AKTIVITI GAMBAR AKTIVITI
|
KELAS MICROSOFT PUBLISHER & POWER POINT 13 JULAI 2017 ( 9.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI)
LAPORAN AKTIVITI GAMBAR AKTIVITI
|
KLIK DENGAN BIJAK 26 JULAI 2017 ( 2.00 PETANG - 4.00 PETANG )
LAPORAN AKTIVITI GAMBAR AKTIVITI
|