Program         : Kelas E-Learning (kindersay.com) Bersama Pelajar Tadika KEMAS Taman Bukit Senyum

Tarikh             : 11 Oktober  2017

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari 

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenal komputer dan penggunaannya.

Aktiviti

Seramai 18 orang pelajar Tadika KEMAS Taman Bukit Senyum menyertai kelas ini. Pada permulaannya, mereka didedahkan cara penggunaan tetikus dan papan kekunci. Diakhir aktiviti, para pelajar mempelajari abjad menggunakan laman web kindersay.com .

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : Kelas Microsoft Publisher & E-Learning (PosterMyWall) Bersama Pelajar Tahun 6 SK Luat

Tarikh             : 10 Oktober  2017

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari 

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menguasai kemahiran dalam penggunaan Microsoft Publisher Dan menghasilkan poster menggunakan templete daripada PosterMyWall.

 

Aktiviti

Seramai 7 orang pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Luat menyertai kelas ini. Para pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan kalender menggunakan Microsoft Publisher dan menghasilkan poster menggunakan templete PosterMyWall.

 

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : Kelas Adobe Photoshop Bersama Guru KAFA

Tarikh             : 18 & 21 September 2017 ( 9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari )

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

 

 

Seramai 15 orang guru KAFA di sekitar Lenggong terlibat dalam kelas ini. Kelas ini diadakan selama 2 hari.  Kelas adobe photoshop ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan grafik kepada peserta seiring dengan saranan kerajaan supaya semua lapisan masyarakat celik IT. Selain itu ia dapat menambah pengetahuan peserta itu sendiri dalam membuat sebarang poster dan yang berkaitan dengannya.

 

Gambar Aktiviti Klik SINI

 


Program         : Kelas Adobe Photoshop Bersama Pelajar Tahun 6 SK Luat

Tarikh             : 5 Oktober  2017

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari 

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menguasai kemahiran dalam penggunaan Adobe Photoshop.

 

Aktiviti

Seramai 9 orang pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Luat menyertai kelas ini. Mereka dikehendaki menghasilkan satu poster menggunakan adobe photoshop. kelas ini diadakan selama 2 jam dan pelajar-pelajar tersebut dapat menghabiskan tugasan yang diberi dalam masa yang telah ditetapkan.

 

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : Pertandingan Kahoot! Sek Keb Lenggong

Tarikh             : 7 September 2017

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

 

 

Seramai 23 orang pelajar tahun 4  terlibat dalam pertandingan ini. Kahoot! adalah kuiz interaktif yang sangat menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur. Kuiz ini menyeronokkan kerana semua pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan secara serentak dalam masa yang diperuntukan dan akan menerima maklum balas serta merta sama ada betul atau salah.

 

Gambar Aktiviti Klik SINI