Program : Pertandingan Quizizz
Tarikh : 8 Disember 2017
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Tujuan
Program cuti sekolah. Menguji minda peserta dengan mengadakan kuiz interaktif.
Aktiviti
Seramai 10 orang peserta menyertai kuiz ini. Kuiz ini menghimpunkan soalan-soalan pengetahuan am dan soalan yang berkaitan komputer serta internet. Melalui pertandingan ini , ia dapat mewujudkan persaingan yang sihat diantara peseta. Pertandingan kuiz ini menggunakan laman web quizizz.com .
Gambar Aktiviti DISINI
Program : Kelas Microsoft Office ( Power Point / Excell / Publisher)
Tarikh : 6 Disember 2017
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Tujuan
Program cuti sekolah. Membantu ahli mendalami penggunaan microsoft office dengan lebih baik.
Aktiviti
Para peserta diajar lebih mendalam tentang penggunaan microsoft office. Pada permulaannya, peserta diajar penggunaan setiap fungsi yang terdapat di dalam microsoft ofiice Power Point, Excell dan Publisher. Kemudiannya, peserta diberi tugasan untuk setiap microsoft tersebut supaya dapat mengetahui tahap pemahaman mereka.
Gambar Aktiviti DISINI
Program : Hari Dashboard Komuniti
Tarikh : 18 November 2017
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Tujuan
Untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard kepada komuniti setempat.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti penerangan tentang penggunaan aplikasi dashboard (MyKomuniti, MySoal,MyShop),memeriksa kesihatan (MyHealth) kuiz berkaitan dashboard dan pengetahuan am serta muat turun aplikasi dashborard komuniti ke dalam telefon bimbit peserta. Peserta yang terlibat terdiri daripada Ahli Pusat Internet Lenggong, Guru-guru KAFA, Anggota Koperasi Peniaga Muslim Lenggong, Belia Lenggong dan Wanita Lenggong.
Gambar Aktiviti DISINI
Program : Kelas Microsoft Office Word
Tarikh : 4 Disember 2017
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Tujuan
Program cuti sekolah. Membantu ahli mendalami penggunaan microsoft word dalam tugasan yang diberikan oleh guru-guru.
Aktiviti
Para peserta diajar lebih mendalam tentang penggunaan microsoft office word. para peserta juga diberi beberapa latihan supaya mereka lebih mahir menggunakan microsoft word.
Gambar Aktiviti DISINI
Program : Online Colouring bersama Pelajar Tadika Islam Lenggong
Tarikh : 17 November 2017
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Tujuan
Melakukan aktiviti mewarna bersama pelajar tadika disamping dapat memahirkan pelajar menggunakan komputer.
Aktiviti
Aktiviti ini merupakan aktiviti yang digemari oleh pelajar tadika islam Lenggong. Boleh dikatakan ia merupakan aktiviti wajib setiap bulan untuk mereka. Para pelajar memilih gambar yang digemari dan mewarnakannya mengikut kreativiti mereka dan dibantu oleh petugas PI dan guru pengiring.
Gambar Aktiviti DISINI