Program         : Susun Puzle Online (Bendera Malaysia)

Tarikh             : 17 September 2016

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Pihak Terlibat : Ahli Pi Lenggong

 

Seramai 10 orang ahli Pusat Internet  Lenggong yang berumur antara 9 tahun hingga 13 tahun telah menyertai Pertandingan Susun Puzzle Online sempena Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan Malaysia. Pertandingan ini dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang untuk menggunakan pembelajaran secara online disamping dapat melahirkan persaingan yang sihat.

  

                                      

 


Program         : Klik Dengan Bijak 

Tarikh             : 21 September 2016

Tempat           : SMK Kenering

Pihak Terlibat : Pi Lenggong, Pi Raban, Pi Lawin dan Pelajar serta Guru SMK Kenering

 

Seramai 305  dan 3 orang guru terlibat dalam taklimat Klik Dengan Bijak yang telah dianjurkan ini. Tujuan Program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran  tentang pentingnya penggunaan internet secara positif di masa kini. Selain memberi taklimat, kuiz berkaitan KDB juga turut diberikan bagi memeriahkan suasana disamping dapat mengukur tahap kefahaman pelajar tentang kepentingan KDB ini.

  


Program         : KDB Bersama Pelajar SMK Sultan Azlan Shah

Tarikh             : 10 Ogos 2016

Tempat           : Tapak Perhimpunan SMK Sultan Azlan Shah

Pihak Terlibat : Pi Lenggong, Pi Raban dan Pi Gerik, Guru dan Pelajar SMK Sultan Azlan Shah

 

Program Klik Dengan Bijak (KDB) telah dijalankan oleh Pusat Internet (Pi)  Lenggong, Pi Raban dan Pi Gerik. Guru dan Pelajar telah diberikan taklimat tentang KDB seperti penggunaan internet secara berhemah, tips keselamatan internet dan jenayah siber yang semakin berleluasa kini. Selain itu , program ini turut diselitkan dengan kuiz-kuiz berkaitan dengan KDB.

Antara kelebihan aktiviti yang dijalankan adalah dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.

 

    

 

     

 

 


Program         : KDB Bersama Pelajar MRSM Lenggong

Tarikh             : 15 Ogos 2016

Tempat           : Dewan Utama MRSM Lenggong

Pihak Terlibat : Pi Lenggong, Pi Raban dan Pi Gerik, Guru dan Pelajar MRSM Lenggong

 

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Seramai 726 orang pelajar bersama 10 orang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong telah terlibat di dalam program ini. Selain taklimat berkaitan KDB pihak Pusat Internet  (Pi) Lenggong, Pi Raban dan Pi Gerik turut mengadakan kuiz KDB bagi memeriahkan program tersebut.