Program : Kelas Microsoft Publisher & E-Learning (PosterMyWall) Bersama Pelajar Tahun 6 SK Luat
Tarikh : 10 Oktober 2017
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menguasai kemahiran dalam penggunaan Microsoft Publisher Dan menghasilkan poster menggunakan templete daripada PosterMyWall.
Aktiviti
Seramai 7 orang pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Luat menyertai kelas ini. Para pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan kalender menggunakan Microsoft Publisher dan menghasilkan poster menggunakan templete PosterMyWall.
Gambar Aktiviti DISINI
Program : Kelas Adobe Photoshop Bersama Pelajar Tahun 6 SK Luat
Tarikh : 5 Oktober 2017
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menguasai kemahiran dalam penggunaan Adobe Photoshop.
Aktiviti
Seramai 9 orang pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Luat menyertai kelas ini. Mereka dikehendaki menghasilkan satu poster menggunakan adobe photoshop. kelas ini diadakan selama 2 jam dan pelajar-pelajar tersebut dapat menghabiskan tugasan yang diberi dalam masa yang telah ditetapkan.
Gambar Aktiviti DISINI
Program : Pertandingan Kahoot! Sek Keb Lenggong
Tarikh : 7 September 2017
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Seramai 23 orang pelajar tahun 4 terlibat dalam pertandingan ini. Kahoot! adalah kuiz interaktif yang sangat menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur. Kuiz ini menyeronokkan kerana semua pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan secara serentak dalam masa yang diperuntukan dan akan menerima maklum balas serta merta sama ada betul atau salah.
Gambar Aktiviti Klik SINI
Program : Kelas Adobe Photoshop Bersama Guru KAFA
Tarikh : 18 & 21 September 2017 ( 9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari )
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Seramai 15 orang guru KAFA di sekitar Lenggong terlibat dalam kelas ini. Kelas ini diadakan selama 2 hari. Kelas adobe photoshop ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan grafik kepada peserta seiring dengan saranan kerajaan supaya semua lapisan masyarakat celik IT. Selain itu ia dapat menambah pengetahuan peserta itu sendiri dalam membuat sebarang poster dan yang berkaitan dengannya.
Gambar Aktiviti Klik SINI
Program : Merapatkan Jurang Digital Bersama PDK Lenggong September 2017
Tarikh : 5 September 2017
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Seramai 6 orang pelajar dan 2 orang guru terlibat di dalam program ini. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas komputer kepada pelajar OKU yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Module yang diajar adalah e-pembelajaran iaitu online colouring dan online puzzle.Semoga program ini dapat memberi pendedahan asas komputer secara santai kepada pelajar OKU.
Gambar Aktiviti Klik SINI