Program : Explorace Klik Dengan Bijak
Tarikh : 6 Disember 2016
Tempat : Pi Lenggong
Pihak Terlibat : Ahli Pi Lenggong
Explorace Klik Dengan Bijak disertai oleh 15 orang ahli Pi Lenggong. Sebanyak 3 acara diadakan iaitu penayangan video KDB, Suai padan soalan dan dam gergasi KDB. Semua peserta perlu menjawab setiap soalan berkaitan dengan KDB. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran berkenaan penggunaan internet masa kini.
Program : Kelas Penulisan Resume
Tarikh : 21 Disember 2016
Tempat : Pi Lenggong
Pihak Terlibat : Ahli Pi Lenggong
Kelas penulisan resume diadakan untuk pelajar lepasan SPM dan pelajar STPM. Mereka didedahkan dengan menggunakan aplikasi canva. Kelas ini disertai oleh 7 orang peserta.
Program : Bengkel Asas Adobe Photoshop
Tarikh : 2 dan 3 November 2016
Tempat : Pi Lenggong
Pihak Terlibat : Pi Lenggong dan PelajarTahun 6 SK Lenggong
Bengkel asas Adobe Photoshop ini diadakan selama 2 hari dan melibatkan 21 orang pelajar Tahun 6 daripada Sekolah Kebangsaan Lenggong. Bengkel ini bermula pada pukul 9.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan grafik kepada pelajar sekolah rendah.
Program : Fun Learning
Tarikh : 9 November 2016
Tempat : Pi Lenggong
Pihak Terlibat : Pi Lenggong dan Pelajar Orang Asli SK Lenggong
Kelas ini melibatkan 5 orang pelajar orang asli Sekolah Kebangsaan Lenggong. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas komputer kepada pelajar seperti cara penggunaan internet, reka cipta kad menggunakan Microsoft Publisher dan cara penggunaan youtube.
Program : Taklimat Dashboard Pi1M kepada Wakil Sekolah Dan PBT Daerah Lenggong
Tarikh : 16 November 2016
Tempat : Pi Lenggong
Pihak Terlibat : Pi Lenggong, Pi Raban, Wakil Sekolah Dan PBT Daerah Lenggong
Satu taklimat tentang penggunaan Dashboard telah diadakan di Pi Lenggong. Penekanan di berikan terhadap 2 modul utama iaitu MySoal dan MySkool. Wakil-wakil Sekolah dan PBT diberi penerangan tentang penggunaan Dashboard dan segala aplikasi yang berkaitan dengan Dashboard supaya dapat digunakan nanti.
Program : Hari Generasi Digital (Pelancaran Aplikasi Dashboard & Klik Dengan Bijak)
Tarikh : 18 November 2016
Tempat : Perkarangan Pi Gerik
Pihak Terlibat : Pi Kluster Hulu Perak
Program Hari Generasi Digital diadakan pada 18 November 2016 bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Program ini adalah anjuran Kluster Hulu Perak. Sebanyak 7 PI daripada Kluster Hulu Perak yang terlibat iaitu PILenggong, PI Kg Raban, PI Felda Lawin Selatan, PI Grik, PI Felda Bersia, PI Felda Nenering 1,dan PI Pengkalan Hulu. Booth pameran yang terdiri daripada AADK, Polis, Bomba, Perpustakaan Negeri, dan Pejabat Kesihatan turut disediakan begitu juga booth jualan yang terdiri daripada usahawan tempatan.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan fungsi Pi kepada komuniti disamping dapat memberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi Dashboard,Klik Dengan Bijak dan kempen E-Waste yg dijalankan di Pi.
Antara Jemputan Kehormat yang hadir pada program tersebut adalah YB Dato' Hasbullah Bin Osman iaitu Ahli Parlimen Gerik, Puan Hanita Izam binti Abdul Rahman iaitu Ketua Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, En Ridha Bin Mohamad ( wakil MSD Sdn Bhd), Encik Roslan Bin Kamaruzaman ( Setiausaha Majlis Daerah Grik) dan Encik Mahbub Ahmad Bin Abdul Hamid (Pegawai PPD Daerah Hulu Perak ).
Program : Program Kelestarian Warisan Alam
Tarikh : 26 November 2016
Tempat : Lata Perahu,Kampung Chuar Hulu,Padang Rengas
Pihak Terlibat : Pi Lenggong dan Pi Felda Lawin Selatan
Program Kelestarian Warisan Alam diadakan pada 26 November 2016 bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Aktiviti dimulakan dengan explorace yang disertai oleh golongan belia. Pelbagai booth pameran dan jualan dibuka seperti JPAM, AADK, Kolej Komuniti, pejabat Kesihatan, KYS Herbs, Homestay Chenderoh dan bermacam-macam lagi. PI Lenggong dan PI Felda Lawin Selatan mengambil inisiatif untuk membuka booth PI bagi mewakili Kluster Hulu Perak, untuk memberikan pendedahan KDB dan mempromosikan PI kepada komuniti yang berkunjung ke program ini. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Ybhg. Dato Jamal Nasir ( Setiausaha Politik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia) dan Ybhg Encik Zainun Bin Mat Noor ( ADUN Chenderoh).
Program : Susun Puzle Online (Bendera Malaysia)
Tarikh : 17 September 2016
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Pihak Terlibat : Ahli Pi Lenggong
Seramai 10 orang ahli Pusat Internet Lenggong yang berumur antara 9 tahun hingga 13 tahun telah menyertai Pertandingan Susun Puzzle Online sempena Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan Malaysia. Pertandingan ini dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang untuk menggunakan pembelajaran secara online disamping dapat melahirkan persaingan yang sihat.
Program : Klik Dengan Bijak
Tarikh : 21 September 2016
Tempat : SMK Kenering
Pihak Terlibat : Pi Lenggong, Pi Raban, Pi Lawin dan Pelajar serta Guru SMK Kenering
Seramai 305 dan 3 orang guru terlibat dalam taklimat Klik Dengan Bijak yang telah dianjurkan ini. Tujuan Program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan internet secara positif di masa kini. Selain memberi taklimat, kuiz berkaitan KDB juga turut diberikan bagi memeriahkan suasana disamping dapat mengukur tahap kefahaman pelajar tentang kepentingan KDB ini.
Program : Booth Di Program Mobile CTC
Tarikh : 08 Oktober 2016
Tempat : Dataran Lenggong
Pihak Terlibat : Pi Lenggong, Pi Raban, Penduduk sekitar Lenggong
Mobile Community Transformation Programme- Mobile CTC merupakan satu program yang menghimpunkan perkhidmatan bergerak kerajaan. Ia disasarkan kepada penduduk luar bandar yang tiada akses kepada perkhidmatan asas kerajaan. Oleh kerana itulah, wujudnya program Mobile CTC bagi membawa segala perkhidmatan asas kerajaan ini ke kawasan luar bandar.
Program ini dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan aktiviti aerobik dan larian sempena Hari Sukan Negara. Pelbagai Booth perkhidmatan juga disediakan seperti Pejabat Pendaftaran Negara, Pasar Bergerak ,Mobile CTC, Ar Rahnu, LPPKN, Jabatan Kebajikan Malaysia, Pejabat Tanah dan Daerah, TEKUN, MARA, PTPTN dan sebagainya. Pusat Internet Lenggong dan Pusat Internet Raban mengambil inisiatif untuk membuka booth juga bagi mempromosikan perkhidmatan Pi kepada orang ramai.
Program : Pertandingan Kahoot! Bersama Pelajar SK Luat
Tarikh : 13 Oktober
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Pihak Terlibat : Pelajar Tahun 6 SK Luat
Kahoot! adalah kuiz interaktif yang sangat menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur terutama pelajar sekolah. Oleh itu, Pi Lenggong mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan Kahoot! dan menjemput seramai 12 orang pelajar tahun 6 Sk Luat.Kuiz interaktif berunsurkan pertandingan ini sangat menyeronokkan dan semua pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan serentak dalam masa yang diperuntukkan dan akan menerima maklum balas jawapan serta merta sama ada betul atau pun salah.
Program : Pertandingan Kahoot! Bersama Pelajar SK Lenggong
Tarikh : 17 Oktober 2016
Tempat : Pusat Internet Lenggong
Pihak Terlibat : Pelajar Tahun 6 SK Lenggong
Pertandingan Kuiz Interaktif yang menghiburkan telah dianjurkan oleh Pusat Internet Lenggong bersama pelajar lepasan UPSR Sekolah Kebangsaan Lenggong. Kuiz yang menarik ini memerlukan peserta menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan dan peserta akan mendapat keputusan dalam masa yang sama. Peserta yang memperolehi markah tertinggi akan memenangi pertandingan ini.
Program : KDB Bersama Pelajar SMK Sultan Azlan Shah
Tarikh : 10 Ogos 2016
Tempat : Tapak Perhimpunan SMK Sultan Azlan Shah
Pihak Terlibat : Pi Lenggong, Pi Raban dan Pi Gerik, Guru dan Pelajar SMK Sultan Azlan Shah
Program Klik Dengan Bijak (KDB) telah dijalankan oleh Pusat Internet (Pi) Lenggong, Pi Raban dan Pi Gerik. Guru dan Pelajar telah diberikan taklimat tentang KDB seperti penggunaan internet secara berhemah, tips keselamatan internet dan jenayah siber yang semakin berleluasa kini. Selain itu , program ini turut diselitkan dengan kuiz-kuiz berkaitan dengan KDB.
Antara kelebihan aktiviti yang dijalankan adalah dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Program : KDB Bersama Pelajar MRSM Lenggong
Tarikh : 15 Ogos 2016
Tempat : Dewan Utama MRSM Lenggong
Pihak Terlibat : Pi Lenggong, Pi Raban dan Pi Gerik, Guru dan Pelajar MRSM Lenggong
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Seramai 726 orang pelajar bersama 10 orang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong telah terlibat di dalam program ini. Selain taklimat berkaitan KDB pihak Pusat Internet (Pi) Lenggong, Pi Raban dan Pi Gerik turut mengadakan kuiz KDB bagi memeriahkan program tersebut.