Program         : Pasca PT3: Pertandingan Kahoot! ( General Knowledge)

Tarikh             : 5 November  2017 

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

Peserta          : Pelajar Tingkatan 3 Sek Men Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong

 

 

Tujuan

Menguji minda para pelajar dalam bentuk kuiz online dengan lebih santai dan menyeronokkan.

 

Aktiviti

Seramai 16 pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong telah menyertai pertandingan ini. Para pelajar diberikan 8 kumpulan dan bersaing sesama sendiri untuk memenangi 3 tempat utama dengan menjawab soalan pengetahuan am dan soalan berkaitan klik dengan bijak dan dashboard komuniti.

 

Gambar Aktiviti DISINI

 

 

 


Program         : Jamboree On The Air (JOTA) & Jamboree On The Internet ( JOTI )

Tarikh             : 20-22 Oktober  2017 

Tempat           : SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu

 

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada semua peserta.

 

Aktiviti

Seramai lebih 400 orang ahli pengakap Sekolah rendah dan menengah negeri Perak telah menyertai program ini. Program ini berlangsung selama 3 hari dan untuk slot Pusat Internet Cluster Hulu Perak adalah pada 21 Oktober 2017 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti permainan dam gergasi, teka silang kata, susun kata dan membina lego.

 

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : Pasca UPSR : Kelas Adobe Photoshop dan Microsoft Publisher

Tarikh             : 25 Oktober  2017

Masa              : 9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari 

Tempat           : Pusat Internet Lenggong

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan Microsoft Publisher dan Adobe Photoshop.

 

Aktiviti

Seramai 8 orang pelajar tahun 6 SK Lenggong telah hadir menyertai kelas ini. Para pelajar telah diajar cara penggunaan adobe photoshop dan mereka dikehendaki menghasilkan satu poster menggunakan saftware tersebut. Kemudian para pelajar diajar menggunakan microsoft publisher untuk menghasikan kalendar.

 

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : Pasca PT3 : Kelas Microsoft Word

Tarikh             : 29 Oktober  2017

Masa              : 9.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan Microsoft Word dengan lebih mendalam.

Aktiviti

Seramai 16 pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong telah menyertai kelas ini. Para pelajar diajar lebih mendalam tentang penggunaan microsoft word supaya mereka dapat menggunakannya kelak. 

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : Kelas E-Learning (kindersay.com) Bersama Pelajar Tadika KEMAS Taman Bukit Senyum

Tarikh             : 11 Oktober  2017

Masa              : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari 

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenal komputer dan penggunaannya.

Aktiviti

Seramai 18 orang pelajar Tadika KEMAS Taman Bukit Senyum menyertai kelas ini. Pada permulaannya, mereka didedahkan cara penggunaan tetikus dan papan kekunci. Diakhir aktiviti, para pelajar mempelajari abjad menggunakan laman web kindersay.com .

Gambar Aktiviti DISINI