Tarikh

: 5 Julai 2018

Masa

: 9.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 6 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menggunakan komputer dan internet.

 

Aktiviti

Seramai 6 orang pelajar PDK Lenggong bersama 2 orang guru pengiring telah hadir ke Pi Lenggong untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kurang upaya ini menggunakan komputer. Para pelajar diberi latihan mewarna menggunakan laman web www.thecolor.com .

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 29 Jun 2018

Masa

:10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 24 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menggunakan komputer dan internet.

 

Aktiviti

Seramai 24 orang pelajar Tadika Islam Lenggong bersama 2 orang guru pengiring telah hadir ke Pi Lenggong untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar cilik ini menggunakan komputer. Para pelajar menggunakan laman web abcya.com untuk memahirkan pembacaan mereka. Melalui laman web ini juga, ia dapat memberi keseronokan kepada pelajar untuk belajar membaca kerana terdapat pelbagai kuiz permainan berkaitan abc disediakan.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 7 Jun 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 1.00Petang

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 21 orang

 

 

Tujuan

Sebagai tanda sokongan kempen World Quran Hour disamping dapat menggalakkan komuniti setempat membaca Al-Quran, memahami serta mengamalkan Al-Quran di dalam kehidupan.

 

Aktiviti

Program bermula pada jam 10.00 pagi. Dimulakan dengan bacaan surah al—Fatihah dan alBaqarah dari ayat satu sehingga lima. Kemudian majlis diteruskan dengan tadabbur dan tazakkur surah Al-Hujurat yang lebih menekankan tentang pembentukan umat berakhlak mulia. Program ini telah disertai seramai 21 orang dan dipimpin oleh Ustaz Abdul Halim Bin Haji Badray dari Pejabat pentadbiran Agama Islam Daerah Lenggong. Semoga program begini akan diteruskan dimasa akan datang.

 

Gambar Aktiviti DISINI


 

Tarikh

: 21 Jun 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 1 orang

 

 

 

Tujuan

Memberi peluang kepada ahli Pi Lenggong untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

 

Aktiviti

Puan Salimah merupakan peserta pertama menyertai pertandingan ini. Kuiz ini bermula dari Mei 2018 sehingga 30 Ogos 2018 . Kuiz ini mempunyai 20 soalan yang berkaitan dengan Modul MyHealth. Setiap peserta perlu menjawab kesemua soalan dengan pilihan jawapan yang betul untuk memenangi hadiah menarik yang telah disediakan.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 6 Jun 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 24 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan penggunaan komputer kepada pelajar Tadika Islam Lenggong

 

Aktiviti

Seramai 24 orang pelajar diiringi oleh 2 orang guru telah hadir ke Pusat Internet Lenggong untuk menggunakan komputer sebagai medium pembelajaran. Para pelajar telah diberi soalan-soalan matematik berbentuk gambar supaya dapat menarik minat mereka. Setelah selesai menyiapkan tugasan tersebut, para pelajar dibenarkan bermain pelbagai kuiz pembelajaran melalui website www.abcya.com. 

 

Gambar Aktiviti DISINI