Tarikh

: 30 September 2018

Masa

: 10.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 3 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan grafik kepada peserta yang terdiri daripada belia dan ahli Pusat Internet Lenggong.

 

Aktiviti

Peserta diajar cara menghasilkan pelbagai jenis tulisan, membuang latar belakang dengan menggunakan tool magic eraser,manual eraser dan quick selection tool. Selain itu para peserta telah diajar menggunakan filter gallery bagi menghasilkan kesan grafik yang menarik pada setiap gambar yang di edit.. Setelah selesai penerangan dan contoh penggunaan setiap tool tersebut, peserta diberi latihan menipta poster atau banner dengan mengaplikasi apa yang telah diajar.

 

Gambar Aktiviti DISINI


 

Tarikh

: 23 September 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 1.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 3 orang

 

 

Tujuan

Menambah penguasaan tentang penggunaan Microsoft Office Excel. .

 

Aktiviti

Peserta telah didedahkan tentang penggunaan Autofill, Formula, Data Entry, Graph, Daily Expense, Simple Vlookup di dalam microsoft excel. Setelah penerangan dan cara penggunaan diterangkan, peserta telah diberi beberapa latihan supaya mereka lebih memahami penggunaan setiap satunya.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 7 September 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 24 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan komputer dan internet.

 

Aktiviti

Seramai 24 pelajar Tadika Islam Lenggong dan Tadika Islam Kuak telah bersama-sama menyertai aktiviti pembelajaran melalui komputer. Tema pada minggu ini adalah Kenali Anggota Badan. Para pelajar perlu mengisi ruangan kosong yang disediakan dengan nama anggota badan. Kemudian para pelajar diceriakan dengan aktiviti kegemaran mereka iaitu online colouring dan menonton youtube.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 14 September 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 24 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan komputer dan internet.

 

Aktiviti

Seramai 24 pelajar Tadika Islam Lenggong telah bersama-sama menyertai aktiviti Online Puzzle sempena sambutan Hari Malaysia.. Para pelajar dikehendaki mencantumkan gambar-gambar bertemakan kenegaraan melalui website www.jigsawplanet.com. Kemudian para pelajar diceriakan dengan aktiviti kegemaran mereka iaitu online colouring dan menonton youtube.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 30 Ogos 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 1.00Petang

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 40 orang


 

Tujuan

Sebagai tanda sokongan kempen Malaysia Quran Hour disamping dapat menggalakkan komuniti setempat membaca Al-Quran, memahami serta mengamalkan Al-Quran di dalam kehidupan.

 

Aktiviti

Program bermula pada jam 10.00 pagi. Dimulakan dengan bacaan surah al—Fatihah dan al-Baqarah dari ayat satu sehingga lima. Kemudian majlis diteruskan dengan tadabbur dan tazakkur surah Al-Naml.Surah Al-Naml ini adalah kesinambungan penghayatan Surah A-Hujurat bagi program World Quran Hour yang lalu, dari sebuah pemupukan sahsiah diri dan etika sosial kepada kaedah membangun tamadun yang boleh dijadikan rujukan serta solusi dalam membina sistem pentadbiran sesebuah keluarga,komuniti,organisasi mahu pun negara. Program ini telah disertai seramai 40 orang dan dipimpin oleh Ustaz Mohd Ridzuan Bin Hasan dari Pejabat pentadbiran Agama Islam Daerah Lenggong. Semoga program begini akan diteruskan dimasa akan datang.

 

Gambar Aktivit DISINI