Tarikh

: 8 Ogos 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 1.00 Petang

Lokasi

: SK Chepor

Peserta

: 52 orang

 

 

Tujuan

Memberi kesedaran dan mewujudkan rasa tanggungjawab kepada pelajar supaya beretika dan prihatin terhadap baik buruk penggunaan internet.

 

Aktiviti 

Seramai 52 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Chepor dari darjah 1 sehingga darjah 6 telah diberi penerangan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet dalam kehidupan pelajar terutama  di peringkat sekolah rendah. Selain itu, para pelajar telah diberi tugasan berkumpulan bagi menguji kefahaman mereka tentang kebaikan dan keburukan internet yang telah digunakan dalam kehidupan seharian.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 7 Ogos 2018

Masa

: 9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Tadika Islam Lenggong

Peserta

: 30 orang

 

 

 

Tujuan

Menanam semangat kemerdekaan dan cintakan negara kepada kanak-kanak cilik ini sempena  sambutan bulan kemerdekaan.

 

Aktiviti

Seramai 30 pelajar Tadika Islam Lenggong dan Tadika Islam Kuak telah bersama-sama menyertai program pra kemerdekaan yang telah diadakan di perkarangan Tadika Islam Lenggong. Program dimulakan dengan tiupan belon , kibaran  Bendera Malaysia diikuti nyanyian lagu kemerdekaan bagi menaikkan semangat kemerdekaan di kalangan kanak-kanak cilik ini.Kemudian para pelajar ini dipertontonkan video kemerdekaan sambil diberi ulasan oleh petugas Pusat Internet Lenggong berkenaan tayangan video tersebut.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 22 Julai 2018

Masa

: 9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 5 orang

 

 

 

 

Tujuan

Menambah pengetahuan kepada ahli Pusat Internet Lenggong berkenaan penulisan kufi dan menguji kemahiran menaip serta pengetahuan berkenaan internet dan pengetahuan am.

 

Aktiviti

Seramai 5 orang ahli Pusat Internet Lenggong telah mengikuti kelas kufi art menggunakan microsoft excel. peserta telah diberi tunjuk ajar cara menggunakannya dan telah diberi beberapa latihan supaya peserta mahir melakukan tulisan kufi tersebut. Setelah mengikuti kelas kufi, peserta telah menyertai pertadingan menaip pantas dan Quizizz bagi menguji kecekapan dan pengetahuan mereka.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 22Julai 2018

Masa

: 2.00 Petang – 6.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 20 orang

 

 

Tujuan

Memberi peluang kepada pelajar SM Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong yang tidak mempunyai makmal komputer dan akses internet untuk menggunakan Pusat Internet Lenggong bagi mencari bahan kerja kursus  Geografi PT3.

 

Aktiviti

Pusat Internet Lenggong telah membantu pelajar-pelajar tingkatan SM Tahfiz Darul Ridzuan yang mempunyai masalah ketiadaan makmal komputer dan akses internet di sekolah dengan memberi peluang menggunakan Pusat Internet Lenggong untuk mencari bahan rujukan kerja kursus Geografi. Seramai 20 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Lenggong bagi mencari bahan rujukan  untuk melengkapkan kerja kursus Ujian Pentaksiran  Tingkatan 3. Para pelajar turut diberi taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak supaya mereka lebih cakna dengan permasalahan yang kerap timbul di masa kini terutama permasalah yang melibatkan remaja.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 13 Julai 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 24 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menggunakan komputer dan internet.

 

Aktiviti

Seramai 24 orang pelajar Tadika Islam Lenggong bersama 2 orang guru pengiring telah hadir ke Pi Lenggong untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar cilik ini menggunakan komputer. Para pelajar diberi soalan asas pengiraan dan asas suku kata kemudian para pelajar menggunakan laman web abcya.com untuk memahirkan pembacaan mereka. Melalui laman web ini juga, ia dapat memberi keseronokan kepada pelajar untuk belajar membaca kerana terdapat pelbagai kuiz permainan berkaitan abc disediakan.

 

Gambar Aktiviti DISINI