Tarikh

: 18 Oktober 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 19 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan penggunaan komputer kepada pelajar Tadika Kemas Taman Bukit Senyum Lenggong

 

Aktiviti

Seramai 16 orang pelajar diiringi oleh 3 orang guru telah hadir ke Pusat Internet Lenggong untuk menggunakan komputer sebagai medium pembelajaran. Tema pada minggu ini adalah kenderaan udara dan kenderaan air. Pelajar di kehendaki mewarna di atas talian dan menyusun gambar menggunakan laman web www.coloritbynumbers.com, www.thecolor.com dan www.jigsawplanet.com

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 17 Oktober 2018

Masa

: 9.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 11 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan dan galakan kepada wanita dan warga emas Lenggong menggunakan komputer dan internet.

 

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pemeriksaan kesihatan peserta. Selesai pemeriksaan kesihatan , para peserta diberi peluang menggunakan komputer dengan aktiviti mewarna atas talian. Kemudian, peserta menyertai kuiz diatas talian iaitu Quizziz dan aktiviti terakhir mencantumkan gambar di atas talian menggunakan laman web www.jigsawplanet.com . 

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 30 September 2018

Masa

: 10.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 3 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan grafik kepada peserta yang terdiri daripada belia dan ahli Pusat Internet Lenggong.

 

Aktiviti

Peserta diajar cara menghasilkan pelbagai jenis tulisan, membuang latar belakang dengan menggunakan tool magic eraser,manual eraser dan quick selection tool. Selain itu para peserta telah diajar menggunakan filter gallery bagi menghasilkan kesan grafik yang menarik pada setiap gambar yang di edit.. Setelah selesai penerangan dan contoh penggunaan setiap tool tersebut, peserta diberi latihan menipta poster atau banner dengan mengaplikasi apa yang telah diajar.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 5 Oktober 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 24 orang

 

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan penggunaan komputer kepada pelajar Tadika Islam Lenggong

 

Aktiviti

Seramai 24 orang pelajar diiringi oleh 2 orang guru telah hadir ke Pusat Internet Lenggong untuk menggunakan komputer sebagai medium pembelajaran. Para pelajar telah diberi soalan-soalan matematik berbentuk gambar supaya dapat menarik minat mereka. Setelah selesai menyiapkan tugasan tersebut, para pelajar dibenarkan bermain pelbagai kuiz pembelajaran melalui website www.abcya.com dan youtube.

 

Gambar Aktiviti DISINI


 

Tarikh

: 23 September 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 1.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 3 orang

 

 

Tujuan

Menambah penguasaan tentang penggunaan Microsoft Office Excel. .

 

Aktiviti

Peserta telah didedahkan tentang penggunaan Autofill, Formula, Data Entry, Graph, Daily Expense, Simple Vlookup di dalam microsoft excel. Setelah penerangan dan cara penggunaan diterangkan, peserta telah diberi beberapa latihan supaya mereka lebih memahami penggunaan setiap satunya.

 

Gambar Aktiviti DISINI