Tarikh |
: 27 Januari 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 42 orang |
Tujuan
Memberi peluang dan kemudahan kepada komuniti Lenggong untuk menghadiri kursus wajib ini di kawasan Lenggong.
Aktiviti
Pusat Internet Lenggong telah menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang bertujuan untuk memberi peluang dan kemudahan kepada komuniti Lenggong menghadiri kursus wajib ini di kawasan Lenggong. Kursus ini secara amnya memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. Kursus ini diadakan 2 sesi yang melibatkan 42 orang peserta. Tenaga pengajar emputan adalah daripada Sekolah Latihan Pengendali Makanan SIKAP INTAN Teluk Intan Perak iaitu Encik Muhammad Faez Bin Nor Azlan.
Gambar Aktiviti DISINI
Tarikh |
: 24 Januari 2019 |
Masa |
: 8.00 Pagi - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 18 orang |
Tujuan
1. Menambah ilmu ICT kepada pelajar sekolah menengah.
2. Memberi pendedahan Klik Dengan Bijak kepada pelajar sekolah menengah.
Aktiviti
Program minggu orientasi (Slot ICT) Pelajar Tingkatan 1 SM Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong telah diadakan di Pusat Internet Lenggong. Program ini melibatkan 18 orang pelajar dan diadakan bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Taklimat Klik Dengan Bijak, Kuiz Klik Dengan Bijak, Kelas Adobe Photoshop, Kelas Kufi Art dan Pertandingan Quizizz.
Gambar Aktiviti DISINI
Tarikh |
: 9 Januari 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 6 Orang |
Tujuan
Menambah pengetahuan peserta dalam menghasilkan kertas kerja untuk program yang akan dianjurkan..
Aktiviti
Kelas ini disertai oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada wanita Lenggong. Kesemua peserta di beri penerangan tentang kegunaan kertas kerja dan cara menghasilkan kertas kerja secara asasnya. Setelah itu, peserta diberi tugasan untuk menghasilkan satu kertas kerja mengikut contoh yang telah diberikan sebagai rujukan.
Gambar Aktiviti DISINI
Tarikh |
: 8 Januari 2019 & 10 Januari 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 1 Orang |
Tujuan
Menambah pengetahuan peserta dalam penggunaan Microsoft Office 2010.
Aktiviti
Kelas ini disertai oleh seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Kelas ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 8 januari 2019 dan 10 januari 2019 bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 Tengah hari. Ia dimulakan dengan penerangan tentang penggunaan microsoft office seperti microsoft word, microsoft excel,microsoft power point dan microsoft publisher. Peserta juga diberi tunjuk ajar tentang penggunaan setiap simbol dan setiap fungsi yang terdapat di dalam microsoft tersebut. Kemudian peserta diberi latihan untuk setiap microsoft office yang telah diajar supaya peserta dapat lebih memahami penggunaannya.
Gambar Aktiviti DISINI
Tarikh |
: 31 Disember 2018 |
Masa |
: 3.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Lenggong |
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan
Menguji kecekapan menaip peserta dan menguji kecekapan berfikir peserta.
Aktiviti
Program ini disertai oleh 8 orang ahli berdaftar Pusat Internet Lenggong. Pada permulaannya, para peserta diuji dengan ujian menaip untuk melihat tahap kecekapan peserta menaip. Setelah itu, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk aktiviti charades iaitu salah seorang ahli kumpulan perlu melakukan aksi untuk diteka oleh ahli pasukannya tanpa mengeluarkan sebarang perkataan.
Gambar Aktiviti DISINI