Tarikh

: 9 November 2018

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 10 Orang

 

    

 

Tujuan

Membantu pelajar SM Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong menghasilkan majalah tahunan sekolah edisi 2018.

 

Aktiviti

Seramai 10 orang Sidang Redaksi Majalah SM Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong telah menggunakan kemudahan komputer dan perisian Adobe Photoshop di Pusat Internet Lenggong untuk pembikinan  majalah tahunan sekolah edisi 2018.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 8 November 2018

Masa

: 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 17 Orang

 

    

 

Tujuan

Memberi pendedahan kemahiran grafik kepada pelajar Tingkatan 3 SM Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong.

 

Aktiviti

Seramai 17 orang pelajar Tingakatan 3 SM Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong telah menyertai kelas Adobe Photoshop ini. Kelas ini diadakan pada 8 November 2018 dan melibatkan  2 sesi iaitu sesi pertama pada pukul 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari seramai 8 orang pelajar dan sesi kedua bermula pada pukul 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang seramai 9 orang pelajar. Untuk kedua-dua sesi ini, pelajar telah diajar cara-cara untuk menghasilkan poster menggunakan Adobe Photoshop. Melalui kelas ini juga, pelajar dapat belajar pelbagai jenis “tools” yang terdapat dalam Adobe Photoshop seperti eraser, text, dan shape. Selain itu, pelajar juga dapat belajar cara-cara untuk “drag” dan “resize” gambar.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 22 & 23 Oktober  2018

Masa

: 9.00 Pagi – 11.00 Pagi 

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 16 orang

  

   

 

Tujuan

Memberi pendedahan grafik kepada pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Gelok

 

Aktiviti

Seramai 16 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Gelok telah menyertai kelas Adobe Photoshop ini. Kelas ini diadakan pada 22 Oktober 2018 dan 23 Oktober 2018 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Pelajar telah diajar cara-cara untuk menghasilkan poster menggunakan Adobe Photoshop. Melalui kelas ini juga, pelajar dapat belajar pelbagai jenis “tools” yang terdapat dalam Adobe Photoshop seperti eraser, text, dan shape. Selain itu, pelajar juga dapat belajar cara-cara untuk “drag” dan “resize” gambar.

 

Gambar Aktiviti DISINI.


Tarikh

: 1 November 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 8 Orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan penggunaan komputer kepada pelajar Tadika Kemas Banggol Belimbing

 

Aktiviti

Seramai 8 orang pelajar diiringi oleh 2 orang guru telah hadir ke Pusat Internet Lenggong untuk menggunakan komputer sebagai medium pembelajaran. Tema pada minggu ini adalah meneroka angkasa lepas. Pelajar di kehendaki mewarna di atas talian dan menyusun gambar menggunakan laman web www.thecolor.com dan www.jigsawplanet.com. Pelajar juga didedahkan dengan angkasa lepas melalui tontonan animasi di Youtube.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 19 Oktober  2018

Masa

: 8.30 Pagi – 10.00 Pagi / 10.00 Pagi – 11.30 Pagi

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 23 orang

  

 

Tujuan

Memberi pendedahan grafik kepada pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Balai

 

Aktiviti

Seramai 23 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Balai telah menyertai kelas Adobe Photoshop ini. Kelas ini diadakan pada 19 Oktober 2018 dan melibatkan  2 sesi iaitu sesi pertama pada pukul 8.30 pagi sehingga jam 10.00 pagi seramai 12 orang pelajar dan sesi kedua bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi seramai 11 orang pelajar. Untuk kedua-dua sesi ini, pelajar telah diajar cara-cara untuk menghasilkan poster menggunakan Adobe Photoshop. Melalui kelas ini juga, pelajar dapat belajar pelbagai jenis “tools” yang terdapat dalam Adobe Photoshop seperti eraser, text, dan shape. Selain itu, pelajar juga dapat belajar cara-cara untuk “drag” dan “resize” gambar.

 

Gambar Aktiviti DISINI