Tarikh

: 30 Ogos 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 1.00Petang

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 40 orang


 

Tujuan

Sebagai tanda sokongan kempen Malaysia Quran Hour disamping dapat menggalakkan komuniti setempat membaca Al-Quran, memahami serta mengamalkan Al-Quran di dalam kehidupan.

 

Aktiviti

Program bermula pada jam 10.00 pagi. Dimulakan dengan bacaan surah al—Fatihah dan al-Baqarah dari ayat satu sehingga lima. Kemudian majlis diteruskan dengan tadabbur dan tazakkur surah Al-Naml.Surah Al-Naml ini adalah kesinambungan penghayatan Surah A-Hujurat bagi program World Quran Hour yang lalu, dari sebuah pemupukan sahsiah diri dan etika sosial kepada kaedah membangun tamadun yang boleh dijadikan rujukan serta solusi dalam membina sistem pentadbiran sesebuah keluarga,komuniti,organisasi mahu pun negara. Program ini telah disertai seramai 40 orang dan dipimpin oleh Ustaz Mohd Ridzuan Bin Hasan dari Pejabat pentadbiran Agama Islam Daerah Lenggong. Semoga program begini akan diteruskan dimasa akan datang.

 

Gambar Aktivit DISINI


Tarikh

: 24 Ogos  2018

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 4 orang

 

 

Tujuan

Menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan peserta..

 

Aktiviti

Seramai 4 orang ahli Pusat Internet Lenggong telah menyertai Kuiz ini.. Peserta diberikan soalan bertemakan kenegaraan dan perlu menjawab dalam masa yang ditetapkan. Peserta dibenarkan mencari jawapan menggunakan internet supaya ia boleh menambahkan lagi kefahaman tentang soalan yang diberikan. Selesai kuiz, peserta diberikan cenderahati tanda terima kasih Pusat Internet Lenggong sebagai tanda penghargaan.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 17 Ogos 2018

Masa

: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 20 orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menggunakan komputer dan internet.

 

Aktiviti 

Seramai 20 orang pelajar Tadika Islam Lenggong telah hadir ke Pusat Internet untuk melakukan aktiviti melukis dan mewarna secara online dengan menggunakan laman web www.hellokids.com. Aktiviti ini telah memberi kebebasan kepada para pelajar untuk menghasilkan lukisan sendiri dengan memilih segala sumber yang telah disediakan di dalam laman web tersebut. Dengan cara ini ia dapat memperlihatkan bakat dan kemahiran para pelajar.

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 20 Ogos 2018

Masa

: 9.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Internet  Lenggong

Peserta

: 6 orang

 

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menggunakan komputer dan internet.

 

Aktiviti

Seramai 6 orang pelajar PDK Lenggong bersama 3 orang guru pengiring telah hadir ke Pi Lenggong untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kurang upaya ini menggunakan komputer. Para pelajar diberi latihan puzzle menggunakan laman web www.jigsawplanet.com .

 

Gambar Aktiviti DISINI


Tarikh

: 15 Ogos 2018

Masa

: 7.30 Malam - 10.00 Malam

Lokasi

: Pusat Internet Lenggong

Peserta

: 3 orang

 

 

Tujuan

Membantu ahli Pusat Internet Lenggong yang tidak mempunyai capaian internet untuk menjawab peperiksaan online SPA.

 

Aktiviti 

Tiga orang ahli Pusat Internet yang layak menduduki peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan tidak mempunyai capaian internet di rumah mereka telah memohon  menggunakan Pusat Internet di sebelah malam untuk menyelesaikan peperiksaan mereka. Atas persetujuan bersama, pada sebelah malam tersebut Pusat Internet Lenggong telah dibuka kepada mereka yang menduduki peperiksaan tersebut sahaja. Peperiksaan tersebut bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 9.30 malam.

 

Gambar Aktiviti DISINI