Program         : Kelas Adobe Photoshop

Tarikh             : 14 Febuari 2018

Tempat           : Pi Lenggong

 

 

 

Tujuan

Menambah pengetahuan peserta tentang penggunaan Adobe Photoshop

 

Aktiviti

Kelas dihadiri oleh Muhammad Ikmal iaitu usahawan saudagar kasut. Peserta diajar cara untuk mengedit testimoni dan cara untuk meletakkan watermark di dalam setiap gambar yang digunakan beliau untuk tujuan promosi jualan.

 

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : Kufi Art ( Microsoft Excel) 

Tarikh             : 9 Febuari 2018

Tempat           : Pi Lenggong

 

 

Tujuan

Menambah pengetahuan peserta tentang penggunaan microsoft excel.

 

Aktiviti

Seramai 6 orang peserta mengikuti kelas ini. Peserta telah diajar untuk menghasilkan tulisan Kufi. Sebagai latihan, peserta perlu menghasilkan beberapa tulisan kufi supaya mereka lebih mahir penggunaannya.

 

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : E-Learning ( Online Colouring )

Tarikh             : 8 Febuari 2018

Tempat           : Pi Lenggong

 

 

 

Tujuan

 

Memberi Pendedahan kepada peserta kurang upaya untuk menggunakan komputer.

 

Aktiviti

Kelas ini disertai oleh 6 peserta yang kurang upaya. Mereka merupakan pelajar di Pusat Didikan komuniti Lenggong. Peserta ini diberi peluang untuk menggunakan komputer bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Peserta diajar mewarna menggunakan komputer melalui website  www.thecolor.com

 

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : Latihan Keusahawanan (Media Sosial & MyShop)

Tarikh             : 8 Febuari 2018

Tempat           : Pi Lenggong

 

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari cara pemasaran produk perniagaan melalui media sosial dan MyShop.

 

Aktiviti

Puan Noorreha Binti Kamaruddin merupakan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS). Beliau menghasilkan kerepek pisang dan kerepek ubi pedas. Beliau telah diberi tunjuk ajar untuk mempromosikan produk jualannya melalui media sosial iaitu facebook. Selain itu Pn Noorreha telah diberi penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti dan telah diajar untuk muatnaik produk dalam MyShop.

 

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : Latihan Keusahawanan ( E-Rezeki)

Tarikh             : 26, 27, 28 Januari 2018

Tempat           : Pi Lenggong

 

 

Tujuan

Membuka peluang kepada peserta untuk menambah pendapatan secara online.

 

Aktiviti

Kelas diadakan selama 3 hari iaitu pada 26 januari 2018 hingga 28 januari 2018. Seramai 9 orang peserta menyertai kelas ini. Peserta diberi penerangan tentang kebaikan mendaftar program e-rezeki dan petugas membantu peserta mendaftar akaun e-rezeki. Module yang telah diajar adalah dropship, 8share dan Inbosz. Selain e-rezeki,module Klik Dengan Bijak turut diselitkan agar peserta faham tentang cara penggunaan dan peraturan menggunakan internet.

 

Gambar Aktiviti DISINI