Program         : Latihan Keusahawanan (E-Rezeki)

Tarikh             : 7 Mac 2018 

Tempat           : Pi Lenggong

 

 

 

Tujuan

Membantu peserta untuk menambahkan pendapatan secara atas talian melalui program E-Rezeki.

 

Aktiviti

2 orang peserta telah menyertai kursus ini iaitu Nurul Izzati dan Mohd Rizal Izwan. Peserta telah diterangkan kebaikan menyertai kursus ini oleh petugas. Seterusnya, petugas membantu peserta mendaftar program E-Rezeki. Antara Modul yang diajar adalah 8Shared, Inbosz,DefinedCrowd dan MooCash.

 

Gambar Aktiviti DISINI


 

 

Program         : Persediaan Debat 

Tarikh             : 6 & 8Mac 2018 

Tempat           : Pi Lenggong

 

 

Tujuan

Membantu pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan mencari maklumat sebagai persediaan mewakili sekolah ke pertandingan Debat Peringkat Sekolah Negeri Perak.

 

Aktiviti

Seramai 6 orang pelajar Sekolah Menegah Tahfiz Darul Ridzuan , Lenggong telah hadir ke Pi Lenggong selama 2 hari iaitu pada 6 dan 8 mac 2018 jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang untuk mencari maklumat sempena pertandingan debat yang diwakili oleh mereka. 2 orang guru turut mengiringi pelajar tersebut dan turut membantu pelajar-pelajar tersebut membuat persediaan.

 

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : Latihan Keusahawanan : E-Rezeki

Tarikh             : 26 Febuari 2018 

Tempat           : Pusat Internet  Lenggong

 

 

Tujuan

Membuka peluang kepada peserta untuk menambah pendapatan secara atas talian.

 

Aktiviti

Peserta telah diberi penerangan berkenaan e-rezeki dan telah diberi tunjuk ajar untuk mendaftar program ini oleh petugas. Penekanan module yang diberikan adalah dropship, 8shared dan inbosz. 

 

Gambar Aktiviti DISINI

 


 

Program         :  Minggu Aktiviti MRSM Lenggong (Celik IT)

Tarikh             : 1 Mac 2018 

Tempat           : Dewan Besar Al-Abqori MRSM Lenggong

 

 

Tujuan

Memberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan internet secara positif dan menambah pengetahuan ICT kepada pelajar.

 

Aktiviti

Seramai 450 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4 terlibat dalam program ini.Antara Program yang dijalankan adalah ;

           1. Ceramah Klik Dengan Bijak

           2. Kuiz IT

           3. Pertandingan Quizizz

Diakhir program, petugas Pi menyampaikan hadiah kepada peserta yang berjaya dan sesi bergambar.

 

Gambar Aktiviti DISINI

 


Program         : Merapatkan Jurang Digital

Tarikh             : 25 Febuari 2018

Tempat           : Pi Lenggong

 

 

 

Tujuan

Program ini dianjurkan bagi memperkenalkan fungsi Pi1M dan merapatkan hubungan petugas Pi Lenggong dengan komuniti setempat terutama golongan dewasa. 

 

Aktiviti

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta.Kemudian peserta dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut peringkat umur. Kedua-dua kumpulan akan berlawan sesama sendiri untuk menaip tugasan yang diberikan. Hadiah akan disediakan untuk 3 orang pemenang sahaja.  Sebelum itu , peserta telah diajar terlebih dahulu cara-cara menaip dan penggunaan setiap keypad di papan kekunci dan penggunaan tetikus.

Selesai pertandingan menaip, peserta juga diajar untuk memuat turun aplikasi dashboard dan petugas menerangkan penggunaan aplikasi tersebut. Pemeriksaan tekanan darah juga disediakan untuk setiap peserta yang hadir.

Program berakhir dengan cabutan bertuah dan sesi bergambar.

 

Gambar Aktiviti DISINI