Homestay Laman Bonda diusahakan oleh seorang anak muda yang dikenali sebagai Ashraf. Ia terletak berhadapan dengan Dataran Lenggong dan berhampiran kedai makan. Laman Bonda mempunyai 3 buah rumah bercirikan melayu tradisional iaitu Rumah Bonda, Rumah Alang dan Rumah Ateh.Ianya sangat sesuai untuk percutian keluarga mahupun secara pereorangan. Selain menyediakan tempat penginapan, Laman Bonda turut menyediakan pakej-pakej menarik untuk pengunjung antaranya berbasikal di sekitar Lenggong, meneroka gua-gua di sekitar Lenggong, memancing, memanah dan  melawat ternakan rusa. 

  

Sekiranya berminat untuk merasai kehidupan di rumah kampung dengan udara yang segar, bolehlah menghubungi saudara Ashraf di talian 017 4067727. Suatu pengalaman yang sangat menarik dijanjikan. 

   

 


                                     

Homestay Teratak Kapten Rosli terletak di Lenggong Perak. Baru sahaja dibuka secara rasminya pada bulan Julai 2016. Kedudukan yang strategik iaitu di tepi jalan besar dan mempunyai kawasan letak kereta yang luas menjadikan homestay ini pilihan ramai. Keluasan homestay ini sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti family day, reunion, group retreat, bbq, tahlil dan sebarang majlis tertutup. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi En. Sham (012-2003982) atau En. Iqbal (019-5929692).

   

                                     

 

 


Hutan Lipur Lata Kekabu merupakan tempat istirehat terutama bagi mereka yang gemarkan suasana yang tenang dan damai. Lata Kekabu terletak 1 kilometer dari jalan utama Kuala Kangsar - Gerik dan mempunyai aliran sungai berbatu yang cantik dan menyegarkan. Pelbagai kemudahan disediakan di Lata Kekabu ini seperti Pondok Istirehat, Tandas, Tempat Persalinan, Dewan dan Tapak Perkhemahan. Di sini juga sangat sesuai untuk membuat kem motivasi bagi pelajar sekolah.Lata Kekabu mempunyai air terjun di puncak bukit setinggi hampir 4 kilometer.

 

  

  

 


Dahulunya dikenali sebagai Muzium Arkeologi Lenggong. Galeri Arkeologi Lenggong terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar - Grik. Keluasan keseluruhan kawasan Galeri ini di anggarkan seluas 8.16 ekar dan yang telah dibangunkan seluas 2 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.

Tarikan utama di galeri ini semestinya Orang Perak atau Perak Man. Perak Man  ini hidup di Lenggong sekitar 11,000 tahun dahulu. Kerangka Perak Man adalah satu daripada kerangka purba paling lengkap pernah ditemui di luar Afrika.

Replika Perak Man dipamerkan dalam replika Gua Gunung Runtuh di mana dia ditemui sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1990.

Di sini juga dipamerkan perkakas-perkakas purba daripada batu yang ditemui di Lembah Lenggong. Terdapat juga video show mengenai Perak Man.

Galeri ini mempunyai 2 tingkat. Di  tingkat bawah banyak mempamerkan artifak-artifak yang ditemui di Lembah Lenggong seperti batu, tembikar,perkakasan harian dan sebagainya. Manakala  di tingkat atas pula lebih menumpukan   penerangan mengenai Lembah Lenggong selaku Tapak Warisan Dunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO.

Di belakang Galeri terdapat Menara tinjau.  Dari Menara Tinjau empat tingkat ini kita boleh lihat kawasan sekeliling termasuk sungai Perak dan hijauan pokok kelapa sawit mengelilingi kawasan Galeri.

Hari & Masa Lawatan

Isnin - Ahad : 9.00 pagi - 5.00 ptg

Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengahari, 3.00 ptg - 5.00 ptg

         

Antara contoh-contoh barang artifak yang berada di dalam galeri.

Batu Zaman Pra Sejarah    

Replika Perak Man yang menjadi tarikan utama di Galeri.

                    

 Sumber: http://www.heritage.gov.my/


 

Lenggong atau dikenali sebagai Lembah Lenggong telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 30 Jun  2012. Di Lembah Lenggong tersimpan khazanah peradaban manusia yang tertua di luar benua Afrika. Ia dikatakan bermula sejak zaman Paleolitik atau Zaman Batu Lama  lagi, yakni sekitar 1.83 juta tahun yang lalu. Istimewanya tapak ini terdapat tinggalan kebudayaan arkeologi dari Zaman Paleolitik (Zaman Batu Lama), Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) dan juga Zaman Logam. Pengiktirafan ini telah menjadikan Lenggong sebagai salah satu pusat perlancongan pilihan ramai terutama dengan wujudnya Galari Arkeologi Lenggong. Selain itu terdapat juga beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi  seperti Lata Kekabu,Nur Lembah Lenggong,Tasek Raban, gua-gua dan sebagainya.