Tarikh

: 13 Julai 2024

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Petang

Lokasi

: NADI Lenggong

Peserta

: Komuniti Setem

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan grafik kepada usahawan setempat

 

Aktiviti

Kelas ini melibatkan 4 orang usahawan setempat. Peserta diajar cara-cara membuat poster dan video perniagaan masing-masing menggunakan templat yang telah tersedia dalam aplikasi Canva.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 12 Julai 2024

Masa

: 9.00 Pagi –12.00 Petang

Lokasi

: NADI Lenggong

Peserta

: Komuniti Setempat

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan Microsoft Word dan Microsoft Excel kepada komuniti setempat.

 

Aktiviti

Kursus ini melibatkan 4 orang komuniti dewasa di sekitar Lenggong. Modul yang diajar adalah Microsoft Word dan Microsoft Excel. Melalui kelas Microsoft Word peserta diajar cara-cara menaip surat rasmi dan invois. Manakala melalui kelas Microsoft Excel peserta diajar cara-cara menggunakan kaedah Autofill, formula asas dan membuat akaun jualan.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 22 Jun 2024

Masa

: 8.00 Pagi –11.00 Pagi

Lokasi

: NADI Lenggong

Peserta

: Pelajar SMK Dato Ahmad

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan ICT & AI Tools kepada pelajar sekolah menengah

 

Aktiviti

Kursus ini melibatkan 20 rang pelajar asrama Tingkatan 1,2,3 & 4 daripada SMK Dato Ahmad. Kursus dimulakan dengan pertandingan menaip pantas untuk menguji sejauh mana kemahiran menaip peserta yang terlibat. Kemudian peserta diajar cara-cara mereka cipta design t.shirt & slide pembentangan menggunakan aplikasi Canva. Selain itu peserta juga didedahkan dengan penggunaan AI Tools seperti Chat GPT dan Bing Creator Image.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 27 Jun 2024

Masa

: 8.30 Pagi – 12:30 Petang

Lokasi

: NADI Lenggong

Peserta

:17 Orang

 

 

Tujuan

Melatih dan membantu peserta untuk berniaga di platform TikTok

 

Aktiviti

Kursus ini melibatkan peserta daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Lenggong yang terdiri daripada Peladang Nita dan Peladang Muda. Modul yang diajar antaranya adalah pengenalan kepada TikTok, TikTok Shop, TikTok Affiliate, cara untuk meningkatkan pengikut di TikTok, menghasilkan video yang menarik dan asas untuk bersiaran langsung.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 11 Jun 2024

Masa

: 10.00 Pagi – 3.00 Petang

Lokasi

: NADI Lenggong

Peserta

: Komuniti Lenggong

 

 

Tujuan

Membantu dan memudahkan komuniti setempat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada agensi yang terlibat.

 

Aktiviti

Program ini melibatkan 3 agensi yang terdiri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan PERKESO. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh KWSP ialah pendaftaran i-akaun, percetakan penyata KWSP, pendaftaran akaun i-Suri, i-Sara,i-Lindung dan kemaskini maklumat peribadi. SSM pula menyediakan perkhidmatan seperti pendaftaran perniagaan, pembaharuan perniagaan dan kemaskini maklumat peribadi. Manakala PERKESO pula menyediakan perkhidmatan pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan pembayaran pelbagai caruman.

 

Gambar Aktiviti Disini