Tarikh |
: 19 Mei 2024 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Lenggong |
Peserta |
: Pelajar SMK Dato Ahmad |
Tujuan
Memberi pendedahan ICT & AI Tools kepada pelajar sekolah menengah
Aktiviti
Kursus ini melibatkan 20 rang pelajar asrama Tingkatan 1,2 & 3 daripada SMK Dato Ahmad. Kursus dimulakan dengan pertandingan menaip pantas untuk menguji sejauh mana kemahiran menaip peserta yang terlibat. Kemudian peserta diajar cara-cara membuat poster hari guru & slide pembentangan menggunakan aplikasi Canva. Selain itu peserta juga didedahkan dengan penggunaan AI Tools seperti Chat GPT dan Bing Creator Image.
Gambar Aktiviti Disini
Tarikh |
: 17 Mei 2024 |
Masa |
: 8.00 Pagi –12.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Lenggong |
Peserta |
: Tabika Kemas Bunga Raya |
Tujuan
Memberi pendedahan ICT kepada kanak-kanak tadika dengan cara yang lebih santai.
Aktiviti
ICT Fun Day ini melibatkan 18 orang pelajar Tabika Kemas Bunga Raya Lenggong. Tema pada kali ini adalah sayur-sayuran. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah Colour With Stickers, Wordwall Games, tayangan video bertemakan sayur-sayuran dan Math Games menggunakan Tab.
Gambar Aktiviti Disini
Tarikh |
: 11 Mei 2024 |
Masa |
: 8.00 Pagi –1.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Lenggong |
Peserta |
: Pelajar SK Bukit Balai |
Tujuan
Memberi pendedahan ICT & AI Tools kepada pelajar Tahun 4 SK Bukit Balai
Aktiviti
Kursus ini melibatkan 18 orang pelajar Tahun 4 SK Bukit Balai Lenggong. Kursus dimulakan dengan pertandingan menaip pantas untuk menguji sejauh mana kemahiran menaip peserta yang terlibat. Kemudian peserta diajar cara-cara untuk menaip surat rasmi dan jadual belajar menggunakan Microsoft Word. Manakala untuk Microsoft Power Point pula peserta diajar cara-cara membuat pembentangan mudah dan ringkas menggunakan templat percuma dari laman web yang tersedia. Selain itu peserta juga didedahkan dengan penggunaan AI Tools seperti Chat GPT dan Bing Creator Image.
Gambar Aktiviti Disini
Tarikh |
: 14 Mei 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Lenggong |
Peserta |
: Usahawan |
Tujuan
Latihan dan bimbingan untuk membuat laman web perniagaan secara percuma
Aktiviti
Dua orang usahawan telah menghadiri taklimat e-Dagang SMART Niaga@Perak di NADI Lenggong. Taklimat ini diadakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Peserta diajar cara-cara untuk membuat laman web perniagaan secara percuma.
Gambar Aktiviti Disini
Tarikh |
: 29 April 2024 |
Masa |
: 9.00 Pagi –2.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Lenggong |
Peserta |
: Komuniti Setempat |
Tujuan
Membantu dan memudahkan komuniti setempat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada agensi yang terlibat.
Aktiviti
Program ini melibatkan 2 agensi yang terdiri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Yayasan Perak. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh KWSP ialah pendaftaran i-akaun,percetakan penyata KWSP,Pendaftaran akaun i-Suri, i-Sara,i-Lindung dan kemaskini maklumat peribadi. Yayasan Perak pula menyediakan perkhidmatan seperti penerangan berkenaan Tabung Usahawan, Insentif Siswa, Tabung Anak Perak dan Sayangi Rumahku
Gambar Aktiviti Disini