Tarikh |
: 1 Mac 2024 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: PEDi Lenggong |
Peserta |
: AJK Penyelaras Program |
Tujuan
Mesyuarat pelaksanaan program kacau bubur lambuk bersama agensi
Aktiviti
Mesyuarat ini melibatkan pihak penganjur iaitu Masjid Jamek Lenggong dan agensi lain seperti KRT Pekan Lenggong, KRT Seri Muhibbah Lenggong, RELA Lenggong, Peladang Muda & Nita, Persatuan Ibu Tunggal Lenggong dan PEDi Lenggong. Mesyuarat memfokuskan kepada pelaksanaan program yang akan berlangsung pada bulan Ramadhan ini. Petugas PEDi Lenggong akan terlibat sebagai urusetia program.
Gambar Aktiviti DISINI
Tarikh |
: 24 Febuari 2024 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 4.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Lenggong |
Peserta |
: Usahawan & Komuniti Setempat |
Tujuan
Memperkenalkan teknologi AI ( Artificial Inelligence ) kepada usahawan.
Aktiviti
Mini Program Usahawan memfokuskan penglibatan usahawan sekitar Lenggong. Agenda program adalah Bengkel AI Tools For Business yang telah disertai oleh 23 orang usahawan Lenggong dari pelbagai latar belakang perniagaan. Peserta telah diajar tentang AI Tools seperti ChatGPT, Bing Creator Image, Capcut dan mencipta logo menggunakan website seperti Looka.com dan Turbologo.com. Program ini juga disertai oleh KWSP Ipoh yang menyediakan perkhidmatan seperti pendaftaran ahli, i-akaun, i-suri, i-saraan, i-lindung, semakan penamaan dan banyak lagi. Pegawai KWSP turut memberi taklimat ringkas berkenaan caruman sukarela i-saraan kepada peserta bengkel usahawan. Selain itu, Pejabat Perangkaan Perak (DOSM) turut menyediakan perkhidmatan pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU). Sarapan pagi dan makan tengahari turut disediakan kepada semua peserta bengkel usahawan dan agensi yang terlibat. Program juga diserikan dengan sesi cabutan bertuah bersama peserta bengkel usahawan. Anggaran jumlah pengunjung dan peserta adalah seramai 65 orang.
Gambar Aktiviti DISINI
Tarikh |
: 17 Febuarii 2024 |
Masa |
: 9:00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Lenggong |
Peserta |
: 9 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan asas ICT dan menambah ilmu pengetahuan kepada peserta.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada 9 orang pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah/ Antara kelas yang dijalankan ialah kelas Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsof Power Point. Petugas telah memberi penerangan dan latihan berkenaan fungsi-fungsi asas yang boleh digunakan di dalam microsoft word, microsofr excel dan microsoft power pont. Kelas ini dijalankan sebagai persedian pelajar untuk membuat kerja kursus dan yang berkaitan. Peserta juga telah diberi latihan menaip secara online bagi membei pendedahan penggunaan papan kekunci.
Gambar Aktiviti DISINI
Tarikh |
: 18 Febuarii 2024 |
Masa |
: 10:00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: PEDi Lenggong |
Peserta |
: 1 Orang |
Tujuan
Memberi pengetahuan asas tentang aplikasi AI untuk perniagaan dan pendidikan.
Aktiviti
Peserta telah diberi taklimat berkenaan penggunaan aplikasi AI dalam pelbagai konteks perniagaan dan pendidikan. Peserta diberi pendedahan dan kemahiran menggunakan aplikasi AI untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi melalui keusahawanan digital serta dapat memudahkan dan memperkasa keusahawanan digital dan aktiviti pendidikan dalam komuniti.
Gambar Aktiviti DISINI
Tarikh |
: 7 Febuarii 2024 |
Masa |
: 9:00 Pagi – 6.00 Petang |
Lokasi |
: PEDi Lenggong |
Peserta |
: Komuniti Setempat |
Tujuan
Membantu dan memudahkan komuniti setempat untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat di sistem PADU.
Aktiviti
PEDi Lenggong menyediakan perkhidmatan untuk pendaftaran dan kemaskini PADU kepada komuniti setempat . Komuniti setempat boleh mendapatkan perkhidmatan ini setiap hari Isnin sehingga Jumaat bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Perkhidmatan yang disediakan ini memudahkan komuniti setempat terutamanya dalam proses pengesahan identiti pendaftar.
Gambar Aktiviti DISINI