Tarikh

: 9 Jun 2024

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Petang

Lokasi

: NADI Lenggong

Peserta

: Pelajar SMK Dato Ahmad

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan ICT & AI Tools kepada pelajar sekolah menengah

 

Aktiviti

Kursus ini melibatkan 20 rang pelajar asrama Tingkatan 1,2,3 & 4 daripada SMK Dato Ahmad. Kursus dimulakan dengan pertandingan menaip pantas untuk menguji sejauh mana kemahiran menaip peserta yang terlibat. Kemudian peserta diajar cara-cara mereka cipta design t.shirt & slide pembentangan menggunakan aplikasi Canva. Selain itu peserta juga didedahkan dengan penggunaan AI Tools seperti Chat GPT dan Bing Creator Image.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 2 Jun 2024

Masa

: 8.00 Pagi –5.00 Petang

Lokasi

: Dewan Serbaguna Gerik

Peserta

: Komuniti Setempat

 

 

Tujuan

Mendedahkan kepentingan program OSC Perak Sejahtera 2030, kepentingan TVET dan keusahawanan sebagai usaha bagi meningkatkan taraf hidup semua.

 

Aktiviti

Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Daerah Hulu Perak telah berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak iaitu YAB Dato' Seri Haji Saarani bin Mohamad. Majlis ini turut dihadiri YB Dato' Salbiah Mohamed Ahli Dewan Negeri Perak bagi DUN Temengor merangkap Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat. Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) Perak dan Pengurus NADI Kluster Hulu Perak telah dijemput untuk membuka booth pameran dan perkhidmatan dimana pengunjung didedahkan dengan promosi dan hebahan berkenaan program dan kelas yang dijalankan di NADI.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 30 Mei 2024

Masa

: 8.30 Pagi – 11:30 Pagi

Lokasi

: NADI Lenggong

Peserta

: 6 Orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan Microsoft Word kepada pelajar sekolah rendah.

 

Aktiviti

Kursus ini melibatkan 6 orang pelajar sekolah rendah sekitar Lenggong. Kursus dimulakan dengan pertandingan menaip pantas untuk menguji sejauh mana kemahiran menaip peserta yang terlibat. Kemudian peserta diajar cara-cara membuat carta organisasi kelas dan jadual waktu kelas. Melalui ini peserta belajar cara menggunakan Smart Art, Table, Page Border dan Font.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 31 Mei 2024

Masa

: 8.30 Pagi – 11:30 Pagi

Lokasi

: NADI Lenggong

Peserta

: 6 Orang

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan Microsoft Word, Microsoft Excel, Canva & AI Tools.

 

Aktiviti

Kursus ini melibatkan 6 orang komuniti setempat. Kursus dimulakan dengan membuat surat rasmi dan sebutharga menggunakan Microsoft Word. Kemudian peserta diajar cara-cara menggunakan kaedah Autofill dan formula asas melalui Microsoft Excel. Selain itu peserta juga didedahkan dengan penggunaan AI Tools seperti Chat GPT dan Bing Creator Image.

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 23 Mei 2024

Masa

: 8.30 Pagi –11.30 Pagi

Lokasi

: NADI Lenggong

Peserta

: Tabika  Gua Badak

5

 

Tujuan

Memberi pendedahan ICT kepada kanak-kanak tadika dengan cara yang lebih santai.

 

Aktiviti

ICT Fun Day ini melibatkan 15 orang pelajar Tabika Kemas RPA Gua Badak. Tema pada kali ini adalah sayur-sayuran. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah Colour With Stickers, Wordwall Games, tayangan video bertemakan sayur-sayuran.

 

Gambar Aktiviti Disini