Tarikh

: 20 Januari 2024

Masa

: 9.00 Pagi– 5.00 Petang

Lokasi

: PEDi Lenggong

Peserta

: Komuniti Setempat

 

 

Tujuan

 

Membantu dan memudahkan komuniti setempat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada agensi yang terlibat.

 

Aktiviti

Program ini melibatkan 4 agensi yang terdiri daripada Tabung Haji, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Yayasan Perak dan Jabatan Perangkaan Perak. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Tabung Haji adalah pendaftaran akaun, simpanan tunai, kemaskini maklumat peribadi dan semakan tawaran Haji. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pula menyediakan perkhidmatan seperti pendaftaran akaun EzBIZ, pendaftaran perniagaan, perbaharui perniagaan dan kemaskini maklumat peribadi. Yayasan Perak pula menyediakan perkhidmatan seperti penerangan berkenaan Tabung Usahawan, Insentif Siswa, Tabung Anak Perak dan Sayangi Rumahku. Manakala Jabatan Perangkaan pula menyediakan perkhidmatan mendaftar dan mengemaskini maklumat di sistem PADU. Anggaran komuniti Lenggong yang mendapatkan perkhidmatan daripada agensi terlibat adalah seramai 180 orang.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 15 Januari 2024

Masa

: 2.00 Petang – 6.00 Petang

Lokasi

: PEDi Lenggong

Peserta

: Komuniti Setempat

 

 

Tujuan

Membantu dan memudahkan komuniti setempat untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat di sistem PADU.

 

Aktiviti

Kaunter fizikal ini diadakan bagi membantu komuniti mendaftar di sistem PADU dan membantu membuat pengesahan identiti bagi pendaftar yang tidak berjaya membuat perakuan pendaftaran sebelum ini. Proses pendaftaran dan pengesahan identiti ini dibantu oleh petugas PEDi dan pegawai daripada Jabatan Perangkaan Perak. Kaunter fizikal seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 2 Januari 2024

Masa

: 7.00 Pagi – 10.00 Pagi

Lokasi

: PEDi Lenggong

Peserta

: Komuniti Setempat

 

 

Tujuan

Melahirkan komuniti yang aktif dan cergas serta mengeratkan silaturahim di antara petugas PEDi Lenggong dan komuniti setempat.

 

Aktiviti

Program ini adlah anjuran bersama PEDi Lenggong dan KRT Sri Muhibbah Lenggong. Acara dimulakan dengan berjalan santai 10,000 langkah bermula dari PEDi Lenggong ke Kampung Teluk Batu dan berpatah balik ke PEDi Lenggong untuk pemeriksaan kesihatan,bersarapan pagi dan pertandingan kuiz ICT. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan silaturahim di antara petugas PEDi Lenggong dan komuniti setempat.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 4 & 5 Januari 2024

Masa

: 9.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi

: PEDi Lenggong

Peserta

: Komuniti Setempat

 

Tujuan

Membantu dan memudahkan komuniti setempat untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat di sistem PADU.

 

Aktiviti

Kaunter fizikal ini berlangsung selama dua hari dan jumlah komuniti yang berjaya mendaftar di sistem PADU adalah seramai 48 orang. Proses pendaftaran dan kemaskini maklumat ini dibantu oleh petugas PEDi dan pegawai daripada Jabatan Perangkaan Perak. Kaunter fizikal seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 29 Nove,ber 2023

Masa

: 9.00 Pagi –5.00 Petang

Lokasi

: PICC Putrajaya

Peserta

: Petugas PEDi

 

 

Tujuan

Mengiktiraf petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seluruh Malaysia.

 

Aktiviti

Persidangan PEDi MADANI 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Persidangan ini diadakan bertujuan mengiktiraf para pengurus dan penolong pengurus PEDi di seluruh negara. Beberapa kategori anugerah seperti Pengurus PEDi dan Penolong Pengurus PEDi Terbaik, Usahawan PEDi Terbaik, PEDi Terbaik serta Anugerah Khas PEDi telah disampaikan bagi menghargai sumbangan mereka.

Persidangan yang berlangsung selama satu hari itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim. Selain kehadiran petugas PEDi, persidangan ini turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), YB Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri KKD, YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, serta Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan iaitu sesi masterclass, pocket talk dan perkongsian, reruai pameran daripada usahawan-usahawan PEDi, syarikat-syarikat telekomunikasi serta rakan kolaborasi.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

Sumber: https://www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia