Tarikh

: 18 April 2024

Masa

: 9.00 Pagi –5.00 Petang

Lokasi

: NADI  Lenggong

Peserta

: Usahawan

 

 

Tujuan

Membantu komuniti mengisi permohonan Geran Usahawan Perak Sejahtera (GERAK).

 

Aktiviti

Kuanter bantuan mengisi permohonan ini dibuka sepanjang April untuk memudahkan komuniti setempat memohon Geran Usahawan Perak Sejahtera (GERAK). Geran ini bertujuan untuk membantu usahawan PMKS Negeri Perak meningkatkan kapasiti, keupayaan pengeluaran, produktiviti, sistem, pemasaran, jenama dan pembungkusan usahawan terlibat ke tahap yang lebih berkualiti dan baik.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 28 Mac 2024

Masa

: 7.00 Pagi –1.00 Petang

Lokasi

: Masjid Jamek Lenggong

Peserta

: Komuniti Setempat

 

 

Tujuan

Merapatkan hubungan kerjasamab bersama komuniti dan agensi-agensi yang terlibat.

 

Aktiviti

Program ini adalah anjuran Masjid Jamek Lenggong dan petugas NADI Lenggong ditugaskan sebagai urusetia dan jawatankuasa program. Agensi yang terlibat adalah seperti KRT Pekan Lenggong, KRT Seri Muhibbah, SMK Dato' Ahmad, Skuad Ameerah Lenggong, Persatuan Ibu Tunggal Lenggong dan Peladang Muda & Nita Lenggong. Terdapat juga pameran daripada Petronas dan Kolej Komuniti Lenggong. Program juga diselitkan dengan ceramah agama sempena Nuzul Al-Quran. Dianggarkan 150 peserta dan pengunjung yang hadir pada program ini.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 16 Mac 2024

Masa

: 9.00 Pagi– 2.00 Petang

Lokasi

: NaDi Lenggong

Peserta

: Komuniti Setempat

 

 

Tujuan

Membantu dan memudahkan komuniti setempat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada agensi yang terlibat.

 

Aktiviti

Program ini melibatkan 4 agensi yang terdiri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Zakat Lenggong dan Jabatan Perangkaan Perak. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh KWSP ialah pendaftaran i-akaun,percetakan penyata KWSP,Pendaftaran akaun i-Suri, i-Sara,i-Lindung dan kemaskini maklumat peribadi. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pula menyediakan perkhidmatan seperti pendaftaran akaun EzBIZ, pendaftaran perniagaan, perbaharui perniagaan dan kemaskini maklumat peribadi. Zakat pula menyediakan perkhidmatan seperti pembayaran zakat harta dan zakat fitrah,penerangan dan hebahan mengenai perkhidmatan yang disediakan. Manakala Jabatan Perangkaan pula menyediakan perkhidmatan mendaftar dan mengemaskini maklumat di sistem PADU. Anggaran komuniti Lenggong yang mendapatkan perkhidmatan daripada agensi terlibat adalah seramai 150 orang.

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 22 Mac 2024

Masa

: 8.00 Pagi– 1.00 Petang

Lokasi

: NaDi Lenggong

Peserta

: Usahawan Setempat

 

 

Tujuan

 

Membantu dan memudahkan usahawan setempat untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat di sistem Perak SME D-Base.

 

Aktiviti

 

Program ini dilaksanakan bagi tujuan membantu usahawan mendaftar di sistem Perak SME D-Base. Sistem ini mengumpul data usahawan seperti jenis perniagaankategori usahawan, produk dan lokasi perniagaan.Sistem ini juga merupakan hub rujukan khas bagi Kerajaan negeri Perak dan agensi keusahawanan serta pihak berkuasa tempatan untuk membuat perancangan dan kajian Pembangunan usahawan di masa hadapan. Pendafyatan usahawan ke system ini akan memberiakses kepada usagawan untuk mendapatkan bantuan atau insentif dari Kerajaan negeri Perak.

 

Gambar Aktiviti Disini


Tarikh

: 10 Mac 2024

Masa

: 9.00 Pagi – 5.00 Petang

Lokasi

: PEDi Lenggong

Peserta

: Komuniti Setempat

 

 

Tujuan

Membantu dan memudahkan komuniti setempat untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat di sistem PADU.

 

Aktiviti

Kaunter fizikal ini diadakan bagi membantu komuniti mendaftar di sistem PADU. Pndaftaran PADU bertujuan untuk memastikan pendaftar tidak akan tercicir daripada menerima bantuan, subsidi bersasar atau perlindungan sosial sekiranya layak. Pendaftaran di buka bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

Gambar Aktiviti Disini