BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Noraini Binti Othman

Umur

: 58 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Noraini merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau tidak mempunyai sebarang asas komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Noraini tidak mempunyai sebarang asas komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan Intel Learn Easy Steps yang dijalankan di PI Lenggong, Puan Noraini sudah mula mahir menggunakan Microsoft Office (Word) dan juga telah mencipta e-mel sendiri. Beliau juga sudah tahu cara untuk melayari internet seperti menonton video kegemaran melalui youtube.

 

 


USAHAWAN PERTANIAN

Nama

: Ahmad Mahir Bin Mohd Taib

Umur

: 46 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Encik Mahir berumur 46 tahun dan merupakan usahawan pertanian di Lenggong. Beliau menanam sayur-sayuran untuk dipasarkan disekitar Lenggong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Mahir sudah mempunyai asas komputer, tetapi beliau datang ke PI1M Lenggong untuk memahirkan lagi ilmu komputer dengan bantuan petugas PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Mahir menghadiri kelas yang dijalankan di PI seperti kelas Microsoft Word dan Microsoft Publisher. Beliau telah mahir membuat pamplet perniagaan dan promosi. Encik Mahir juga menggunakan kemudahan Wifi Komuniti (WK) yang disediakan.

 

 

 

 


BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Salimah Binti Hashim

Umur

: 54 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Puan Salimah merupakan ahli Pusat Internet Lenggong yang sering kali menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Tempat tinggal yang berhampiran dengan Pusat Internet memudahkan untuk Puan Salimah datang dan menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet .

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan perkhidmatan di PI Lenggong, Puan Salimah telah mempunyai asas penggunaan komputer dan internet tetapi beliau telah lama tidak menggunakannya. Justeru itu, kesempatan yang ada, Puan Salimah ingin mempelajari dengan lebih mendalam tentang penggunaan komputer dan Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dijalankan di PI Lenggong, Puan Salimah semakin mahir menggunakan komputer malah dapat menambah ilmu baru seperti menghasilkan poster menggunakan Adobe Photoshop dan Poster MyWall.

 

 


USAHAWAN PENTERNAKAN UDANG GALAH

Nama

: Sahapuddin Bin Mat Tajuddin

Umur

: 52 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar Belakang

Encik Sahapuddin berumur 52 tahun dan merupakan usahawan di Kampung Luat Lenggong Perak. Beliau mempunyai beberapa buah kolam ternakan udang galah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Sahapuddin hanya mempunyai sedikit asas komputer

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Sahapuddin telah mengikuti kursus Intel Learn Easy Steps dan E-Basic. Disebabkan kesungguhan beliau yang sering datang ke PI, petugas memberikan pinjaman netbook kepada beliau.

 

 


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Fazila Binti Mat Yusoh

Umur

: 42 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar Belakang

Puan Fazila merupakan usahawan di Lenggong.Beliau menjalankan Perniagaan Spa, facial, make up pengantin, lukisan inai, dan peralatan kecantikkan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Fazila sudah mempunyai asas komputer, tetapi beliau sering datang ke PI Lenggong untuk memahirkan lagi ilmu komputer dengan bantuan petugas PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Fazila banyak menggunakan kemudahan yang terdapat di PI Lenggong terutamanya Wifi Komuniti (WK). Disebabkan kesungguhan beliau yang sering datang ke PI, petugas memberikan pinjaman netbook kepada beliau.