USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Nurma Binti Ishak

Umur

: 45 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar Belakang

Puan Nurma berumiur 45 tahun dan merupakan kakitangan awam dan usahawan di Lenggong. Menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis produk seperti makanan, pakaian dan hiasan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mahir menggunakan Facebook dan Whatsapp serta tahu menggunakan Microsoft Word.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas di PI Lenggong, Pn Nurma sudah mempunyai asas Adobe Photoshop dan ilmu ini boleh digunakan untuk merekacipta pelekat untuk produk mengikut citarasa semdiri. Selain itu melalui kelas Microsoft Excel beliau boleh menggunakan formula asas untuk membuat akaun perniagaan (wang keluar masuk).

 


BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Habibah Binti Ibrahim

Umur

: 56 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Puan Habibah merupakan seorang pesara sebagai kerani. Beliau berdaftar dengan PI Lenggong hanya untuk mengisi masa lapang serta menambah kemahiran dan pengetahuan menggunakan komputer dan internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mempunyai asas penggunaan komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Habibah telah mengikuti kelas Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Publisher, Microsoft Excel dan internet untuk menambah ilmu ICT. Selain itu, Beliau sentiasa mengikuti program di PI selain kelas seperti Hari Bersama Komuniti, Program Dashboard Komuniti, Program Jom Sihat, Program Quran Hour dan lain-lain lagi.

 

 


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Rohana Binti Abd Ghani

Umur

: 38 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar Belakang

Puan Rohana berumur 38 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal. Beliau juga merupakan seorang usahawan di Lenggong. Beliau menjual pisang goring dan kuih muih.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Rohana telah mempunyai asas Microsoft Office dan penggunaan media social.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas di PI Lenggong, Puan Rohana lebih mahir menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel. Melalui Microsoft Excel, beliau telah belajar membuat akaun bulanan (wang keluar masuk) untuk perniagaannya supaya lebih teratur walaupun hanya berniaga kecil-kecilan sahaja. Selain itu, beliau juga belajar Adobe Photoshop dan berjaya mereka cipta ‘banner’ untuk gerainya mengikut citarasa sendiri. Petugas PI Lenggong juga mengajar cara-cara menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Selain itu,Puan Rohana juga sentiasa menyertai kursus/program selain kelas di PI Lenggong seperti Kursus Latihan Pengendali Makanan, Hari Bersama Komuniti, Jom Sihat dan Dashboard Komuniti

 

 

 


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Suria Binti Abdul Rahim

Umur

: 36 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Suria berumur 36 tahun dan merupakan seorang kakitangan swasta dan usahawan di Lenggong. Puan Suria menjalankan perniagaan secara agen dan dropship.Antara barangan yang dijual adalah seperti minyak wangi,permaidani,ikan masin,ikan bilis,kuih muih dan sebagainya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai sebarang asas komputer tetapi sangat berminat untuk belajar. Maka beliau datang ke PI Lenggong untuk mendaftar sebagai ahli dan seterusnya mengikuti kelas yang dijalankan di PI Lenggong.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan program-program keusahawan yang dianjurkan oleh PI Lenggong, Puan Suria semakin aktif menjalankan perniagaan dropshipnya melalui media social untuk menambahkan jaringan perniagaannya.

 

 


BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Nor Azian Binti Mohd Adam

Umur

: 49 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Puan Nor Azian berumur 49 tahun dan merupakan suri rumah sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mempunyai asas Microsoft Word sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan di PI Lenggong, beliau lebih mahir menggunakan Microsoft Word (contoh: membuat surat rasmi) dan internet.