USAHAWAN BAJA DAN PRODUK KESIHATAN WANITA

Nama        :     Melor Binti Daud

Umur         :    34Tahun

Ahli            :    2015

 

Latar Belakang 

Cik Melor merupakan pemegang Ijazah Sajana Muda dalam bidang Biologi. Beliau pernah bekerja sebagai guru sandaran,petani cili dan juga pereka grafik. Kini beliau menumpukan sepenuh perhatian dalam penghasilan dan penjualan baja serta poduk kesihatan wanita. Kedua-dua produk ini adalah hasil buatan beliau sendiri.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI , beliau sudah mahir menggunakan komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan mengenali PI , beliau banyak meluangkan masa dengan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PI. Beliau juga mengikuti kelas Adobe Photoshop bagi memantapkan kemahiran beliau dalam aplikasi tersebut. Cik Melor juga turut mengikuti kursus pemasaran produk bersama FAMA serta Lazada. Beliau turut mengikuti kelas E-Rezeki yang dianjurkan oleh PI Lenggong. Usaha yang berterusan untuk memperkenalkan produk beliau dengan  membina website sendiri telah membantu beliau meningkatkan hasil jualan produk beliau. 

Walaupun Cik Melor semakin berjaya dengan perniagaan beliau namun, Cik Melor masih berkunjung ke PI Lenggong untuk mencari kaedah-kaedah dan peluang bau untuk terus mengembangkan perniagaan beliau.

 


BELAJAR MENAIP DAN INTERNET

Nama         :     Mohamad Firdaus Bin Mohd Redzuan

Umur          :     20 Tahun

Ahli             :     2017

 

Latar Belakang 

Encik Mohamad Firdaus Bin Mohd Redzuan merupakan seorang remaja lembam. Beliau juga merupakan pelajar Pusat Dididkan Komuniti (PDK ) Lenggong.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI , beliau tidak mempunyai sebarang asas komputer malah tidak pernah menggunakan komputer. 

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum ini, Encik Mohamad Firdaus tidak mempunyai sebarang asas komputer dan selepas menjadi ahli PI Lenggong dan mengikuti kelas yang dijalankan beliau sudah mempunyai sedikit asas komputer seperti cara-cara menggunakan tetikus, menaip, mewarna online dan juga menggunakan youtube.

 

En Mohamad Firdaus sedang mengikuti kelas menaip di PI Lenggong

 


 

Terima Kasih Pusat Internet 

  

Adik Mustataqim Bin Abdul Harani merupakan pelajar tahun 3 Sekolah Kebangsaan Lenggong merupakan ahli berdaftar di Pusat Internet Lenggong. Pada permulaannya, adik mustaqim beranggapan Pusat Internet  Lenggong ini seperti "Cyber Cafe" lain yang menawarkan penggunaan internet terutama games. Namun begitu, tanggapan beliau berubah setelah memulakan sesi pembelajaran komputer secara percuma di Pusat Internet  Lenggong. Setakat ini beliau telah mengikuti kelas asas komputer, microsoft word, microsoft publisher,microsoft power point,microsoft excell dan kelas asas adobe photoshop. Segala ilmu yang dipelajari di Pusat Internet  Lenggong telah digunapakai di dalam sistem pembelajaran di sekolah. Beliau juga berterima kasih kepada Pusat Internet  Lenggong diatas peluang yang diberikan sehingga beliau semakin mahir menggunakan komputer dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru-gurunya disekolah. Dengan menyertai program klik dengan bijak juga, beliau dapat mengetahui segala kebaikan dan keburukan dalam penggunaan internet. Pembelajaran beliau tidak berhenti disitu, sehingga kini beliau masih meluangkan masa untuk menyertai segala program yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet  Lenggong.