USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Norhaiza Binti Mohamed Hashim

Umur

: 35 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Haiza berumur 35 tahun dan bekerja sebagai guru di Pusat Didikan Komuniti Lenggong. Beliau juga merupakan seorang usahawan di Lenggong.Beliau menjalankan perniagaan menjual produk kesihatan, kecantikkan dan biskut raya

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah mempunyai akaun Facebook dan tahu menggunakan media sosial tetapi kurang mahir dalam penggunaan Microsoft Office seperti Microsoft Excel.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas di PI Lenggong, beliau lebih mahir menggunakan Microsoft Publisher dan Microsoft Excel. Pn. Haiza juga telah berdaftar dengan program E-Rezeki yang dianjurkan oleh PI Lenggong. Petugas PI Lenggong juga mengajar beliau cara-cara menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Pn Haiza juga sentiasa menyertai program selain kelas di PI Lenggong.

 

 


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Azizah Binti Daud

Umur

: 51 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar Belakang

Puan Azizah berumur 51 tahun menjalankan perniagaan kedai makan dan turut menerima tempahan untuk sebarang majlis.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya tahu asas menggunakan internet sahaja seperti penggunaan facebook dan WhatApps.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli PI Lenggong Pn. Azizah telah mengikuti Kursus Intel Learn Easy Steps dan Kursus E-Basic. Untuk mengisi masa terluang juga, beliau telah mengikuti kelas Adobe Photoshop dan advanced internet. Selain itu Pn. Azizah juga telah mengikuti Kursus Latihan Pengendali Makanan yang dianjurkan oleh PI Lenggong dengan kerjasama tenaga pengajar daripada luar.

 

 


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Nor Azimah Binti Kamaruddin           

Umur

: 32 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Azimah berumur 32 tahun dan merupakan seorang usahawan di Lenggong. Menjalankan perniagaan kedai makan yang menjual pelbagai jenis menu seperti laksa, bihun sup, ais kacang, dan kuih muih.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah mempunyai akaun Facebook dan tahu menggunakan media sosial tetapi kurang mahir tentang asas komputer yang lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Word. Beliau juga sudah tahu cara-cara untuk membuat akaun perniagaan dan graf menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, beliau juga sudah mempunyai asas Adobe Photoshop.sering mengikuti aktiviti dan program di PI Lenggong.

 

 


BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Rabaayah Binti Masri

Umur

: 41 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Rabaayah merupakan seorang guru KAFA di Lenggong. Beliau hanya mempunyai sedikit sahaja asas komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI      

Beliau hanya mempunyai asas Microsoft Word dan tidak memahami semua fungsi yang terdapat pada Microsoft Word

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli PI Lenggong dan mengikuti kelas yang dijalankan beliau sudah mahir menggunakan Microsoft Word. Selain itu, beliau juga sudah tahu menggunakan Microsoft Excel. Formula Excel yang diajar petugas amat membantu dalam tugasan harian beliau sebagai guru. Petugas juga mengajar cara-cara mereka cipta poster menggunakan Adobe Photoshop.

 

 


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Nuru Haida Hamira Binti Mat Mardi

Umur

: 30 Tahun

Ahli

: 2016


Latar Belakang

Puan Nuru Haida Hamira berumur 30 tahun dan merupakan Pembantu Tadika Kemas di Lenggong dan usahawan online. Beliau menjalankan perniagaan menjual peralatan kosmetik secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya tahu menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Power Point.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah tahu menggunakan Microsoft Excel, Microsoft Publisher, dan Adobe Photoshop.