USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Amira Azlin Binti Malik Fisol

Umur

: 32 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Amira berumur 32 tahun dan merupakan usahawan yang menjual makanan, minuman, dan barangan kecantikkan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama PI Lenggong, Puan Amira sudah mempunyai asas komputer tetapi tidak mempunyai ilmu Adobe Photoshop.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan di PI Lenggong, Puan Amira sudah mahir menggunakan Adobe Photoshop. Puan Amira juga ada menjual barangan jualan beliau di Dashboard PI (MyShop)

 

 


BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Nurul Fazira Binti Mohammad

Umur

: 12 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Pada mulanya, Adik Nurul Fazira datang ke PI Lenggong untuk membuat kerja sekolah (mencari bahan-bahan di internet). Selepas itu beliau mendaftar sebagai ahli PI Lenggong dan mengikuti kelas yang dijalankan. Sekarang ini, Adik Nurul Fazira masih lagi mengikuti kelas yang dijalankan di PI Lenggong.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Nurul Fazira hanya mempunyai pengetahuan Komputer yang sangat sedikit. Beliau hanya tahu menggunakan internet, tetapi tidak Microsoft Office dan aplikasi lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dijalankan di PI Lenggong, adik Nurul Fazira sudah mahir menggunakan Microsoft Office (Word/Power Point/Publisher/Excel) dan juga telah membuat e-mel sendiri.

 

 


USAHAWAN KASUT

Nama

: Mohammad Ikmal Aliff Bin Md Mustafa

Umur

: 23 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

En.Ikmal mula menjalankan perniagaan menjual baju dan kasut secara sepenuh masa bermula pada tahun lepas selepas beliau menamatkan pengajian Diploma. Sebelum itu, hanya sekadar separuh masa. Bermula tahun ini, En.Ikmal hanya fokus pada jualan kasut sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Ikmal masih tidak mempunyai logo perniagaannya dan tidak tahu bagaimana untuk membuatnya sehinggalah beliau menghadiri kelas di PI Lenggong.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan di PI Lenggong, Encik Ikmal sudah tahu menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Encik Ikmal sudah boleh mencipta logo perniagaannya sendiri


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Halimatun Saadiah Binti Umar

Umur

: 32 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar Belakang

Cik Halimatun Saadiah merupakan seorang ushawan rempah masak hitam di lenggong. Beliau membantu bapa saudaranya dalam menghasilkan, membungkus serta memasarkan rempah masak hitam tersebut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai asas komputer dan internet tetapi tidak mempunyai asas adobe phtoshop untuk menghasilkan iklan perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan di PI Lenggong, Cik Halimaton mempunyai asas untuk membuat iklan dan poster produk nya.

 

 


BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Nor Azizan Binti Said

Umur

: 57 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Azizan merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau tidak mempunyai sebarang asas komputer tetapi sangat berminat untuk belajar. Maka beliau datang ke PI Lenggong untuk mendaftar sebagai ahli dan seterusnya mengikuti kelas yang dijalankan di PI Lenggong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Azizan tidak mempunyai sebarang asas komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan di PI Lenggong, Puan Azizan telah mempunyai asas Microsoft Office (Word) dan internet.