PERNIAGAAN MAKANAN DAN “COD”

Nama

: Norain Shuhadah Binti Dzulkeply

Umur

: 29 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Cik Norain Shuhadah berumur 29 tahun dan merupakan seorang usahawan kecil-kecilan di Lenggong. Cik Norain Shuhada mempunyai gerai makanan yang diusahakan bersama ibunya. Beliau turut menjalankan perniagaan menjual makanan secara ‘Cash On Delivery’ (COD).

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Pusat Internet, Cik Norain Shuhadah telah mempunyai akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp dan mahir menggunakan internet. Beliau turut mempunyai asas Mirodoft Office dan Adobe Photoshop.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Norain Shuhadah kerap berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan komputer dan internet bagi menyelesaikan pelbagai urusan peribadi beliau. Selain itu Cik Norain Shuhada sering bertanyakan kelas dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat internet untuk disertai oleh beliau. Beliau sering menyertai kelas adobe photoshop untuk menambah pengetahuan serta dapat digunakan untuk menghasilkan iklan-iklan perniagaan beliau.  Dengan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet, ia mampu memberi peluang kepada Cik Norain Shuhada menambahkan kemahiran dan pengetahuan tentang cara memperkenalkan perniagaan dan dapat mencari idea-idea baru untuk menambahkan menu di gerai makanan yang diusahakan olehnya

 

 

  


USAHAWAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Nama

: Nor Afiqah Binti Arisol

Umur

: 33 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Puan Nor Afiqah berumur 33 tahun dan merupakan seorang usahawan dan pekerja sektor kerajaan. Beliau telah menjalankan perniagaan menjual coklat secara offline dan online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau mempunyai akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sahaja tetapi masih kurang pengetahuan mengenai perniagaan atas talian. Beliau juga sudah mahir menggunakan Microsoft Word.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah terlibat dengan Pusat Internet, beliau lebih mahir menggunakan internet untuk urusan perniagaan. Puan Nor Afiqah telah mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti kelas digital dan kelas keusahawanan. Kini, beliau telah berjaya menjual produknya di platform E-Dagang (Shopee). Dan beliau masih setia mengikuti program anjuran Pusat Internet terutamanya berkaitan dengan keusahawanan.

 

 

  


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Pn Noor Hayati Binti Othman

Umur

: 59 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Noor Hayati merupakan seorang usahawan di Lenggong. Beliau menjual nasi lemak,bihun goreng,mee goreng dan pelbagai jenis kuih muih setiap pagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mempunyai aplikasi Whatsapp sahaja tetapi Puan Noor Hayati tidak mempunyai asas komputer dan internet yang lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan menyertai program-program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Lenggong, Puan Noor Hayati mula berminat untuk mempelajari penggunaan aplikasi Whatsapp dengan lebih mendalam. Selain itu Puan Noor Hayati mempelajari internet dan aplikasi komputer yang lain dan samakin mahir menggunakan komputer.

 


BELAJAR ASAS KOMPUTER

Nama

: Pn Anida Binti Zolkofli

Umur

: 49 tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Puan Anida merupakan peniaga gerai makanan dan juga pekerja sambilan di bawah JAIPK.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Pn Anida Binti Zolkofli tidak mempunyai sebarang asas Microsoft Office dan tidak pernah menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan di PI Lenggong, beliau semakin mahir dengan penggunaan tetikus dan papan kekunci, Microsoft Word dan Internet.Pn Anida semakin bersemangat untuk mempelajari penggunaan komputer kerana tuntutan kerja sambilan bersama JAIPK yang memerlukan kemahiran penggunaan komputer terutamanya Microsoft Word. Pada permulaanya , Pn Anida diajar cara-cara untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Seterusnya melalui perisian Microsoft Word, beliau telah diajar cara-cara membuat surat rasmi, surat jemputan majlis dan ‘flyers’. Petugas juga mengajar cara-cara menggunakan internet untuk memudahkan urusan harian beliau. 

 


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Pn Sarimah Binti Saidin

Umur

: 48 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Puan Sarimah merupakan seorang usahawan di Lenggong. Beliau menjalankan perniagaan dari rumah menjual pelbagai makanan dan minuman.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mempunyai akaun facebook dan aplikasi Whatsapp sahaja tetapi Puan Sarimah tidak mempunyai asas komputer yang lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas secara formal dan tidak formal di Pusat Internet Lenggong, Pn Sarimah semakin mahir menggunakan internet untuk urusan perniagaan beliau.Beliau turut mempelajari cara-cara mempromosikan jualan melalui facebook dan Whatsapp. Selain itu , Pn Sarimah turut menyertai program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Lenggong bagi memperluaskan rangkaian perniagaannya.