USAHAWAN KEK DAN BISKUT

Nama

Norizan Binti Shahidin

Umur

: 63 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Norizan berumur 63 tahun dan merupakan seorang usahawan kecil - kecilan di Lenggong.Beliau mengambil tempahan kek,pudding dan biskut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengenali PEDi Lenggong , Puan Norizan telah mempunyai asas komputer, aplikasi Whatsapp dan Facebook.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Norizan mendaftar sebagai ahli PEDi Lenggong pada tahun 2017 kerana PEDi Lenggong menyediakan kelas komputer. Melalui PEDi Lenggong juga, Puan Norizan telah diajar cara-cara untuk mempromosikan produk jualan di Facebook dan Whatsapp. Selain itu , beliau juga belajar cara-cara untuk mencari resepi masakan di internet bagi menambah ilmu pembuatan kek dan cara-cara untuk menyertai kelas bisnes PJJ di platform Facebook. 

 

     

 

    


USAHAWAN BANTAL KEKABU

Nama

Norain Shuhadah Binti Dzulkeply

Umur

: 31 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Menjalankan perniagaan menjual bantal kekabu dan sarung bantal.          Cik Norain Shuhadah berumur 31 tahun dan merupakan seorang usahawan e-dagang (Shopee).

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau mempunyai akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sahaja tetapi masih kurang pengetahuanmengenai perniagaan atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mendaftar sebagai ahli PEDi Lenggong pada tahun 2017. Selepas itu, beliau sering mengikuti kelasdan program di PEDi Lenggong. Cik Norain Shuhadah juga telah menyertai kelas Shopee dan berjaya mempunyai kedai Shopee saya sendiri. Mula berniaga di Shopee pada tahun 2021 dan sehingga kini masih terus mempelajari ilmu-ilmu keusahawanan di PEDi Lenggong.     

 

                


USAHAWAN PAKAIAN TERPAKAI

Nama

Nurul Ainina Binti Mohd Anas

Umur

: 25 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Nurul Ainina berumur 25 tahun dan merupakan seorang peniaga atas talian yang menjual pelbagai jenis pakaian terpakai.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Lenggong, Pn Nurul Ainina telah mempunyai akaun Facebook, aplikasi Whatsapp dan mahir menggunakan Microsoft Office.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Menjadi ahli berdaftar di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah memberi banyak peluang kepada Pn Nurul Ainina untuk menjadi usahawan atas talian. Pn Nurul Ainina telah membuka akaun Instagram dan akaun shopee sebagai platform menjual pakaian terpakai yang dijual oleh beliau. Selain itu, Pn Nurul Ainina telah belajar memahirkan penggunaan adobe photoshop untuk tujuan perniagaan beliau. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PEDi juga, Pn Nurul Ainina dapat meluaskan rangkaian perniagaannya.

 

Pn Nurul Ainina mengikuti kelas komputer di PEDi

 

     

Produk jualan Pn Nurul Ainina

 


KISAH KEJAYAAN / CELIK IT Q4 2021 (OKTOBER – DISEMBER)

 

BELAJAR ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Ng Yar Jane

Umur

: 39 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Puan Ng Yar Jane merupakan seorang kerani di sebuah kilang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Lenggong, Puan Ng Yar Jane hanya mempunyai asas Microsoft Word dan penggunaan internet sahaja. Sebagai seorang kerani, Pn Ng Yar Jane perlu mahir menggunakan komputer dan aplikasi Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excell,Microsoft Power Point dan Microsoft Publisher. Justeru itu, Pn Ng Yar Jane telah mendaftar ahli di PEDi untuk mengikuti kelas komputer secara percuma.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pelbagai kelas telah diikuti oleh Pn Ng Yar Jane seperti Microsoft Office Word, Microsoft Power Point,Microsoft Excel, Microsoft Publisher dan e-Pembelajaran. Melalui kelas yang dijalankan di PEDi Lenggong, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office.Sehingga kini,beliau masih lagi mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Lenggong.

 


USAHAWAN MAKANAN DAN DROPSHIP

Nama

Soraya Ernee Masturaifa Binti Abd Ghaffar

Umur

: 38 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Puan Soraya Ernee Masturaifa berumur 38 tahun dan merupakan seorang peniaga kecil-kecilan

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, Pn Soraua Ernee Masturaifa sangat aktif berniaga menggunakan akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sahaja..

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah terlibat dengan kelas-kelas anjuran PEDi , Pn Soraya Ernee Masturaifa lebih mahir menggunakan internet untuk urusan perniagaan. Melalui perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi juga, ia memudahkan urusan Pn Soraya Ernee Masturaifa untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan Rangkaian perniagaan baru serta memudahkan urusan untuk pendaftaran syarikat perniagaan.

 

Puan Soraya Ernee Masturaifa mengikuti kelas komputer di PEDi

 

     

Contoh jualan Pn Soraya Ernee Masturaifa