USAHAWAN IKS

Nama

Noor Reha Binti Hj Kamaruddin

Umur

: 58 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Noor Reha merupakan usahawan di Lenggong. Beliau menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis makanan seperti kuih muih dan kerepek.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, beliau mempunyai asas dalam penggunaan aplikasi Facebook dan Whatsapp.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Selepas memgikuti kelas di PEDi Lenggong Puan Noor Reha mahir menggunakan aplikasi ini. Beliau juga lebih mahir menggunakan internet seperti melayari Youtube untuk mencari menu baru jualannya. Selain itu Puan Noor Reha juga semakin mahir menggunakan Microsoft Word.

 


USAHAWAN MAKANAN DAN KATERING

Nama

Noor Syilahizam Binti Nordin

Umur

: 44 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Noor Syilahizam berumur 44 tahun dan merupakan seorang usahawan di Lenggong.Beliau menjalankan pelbagai jenis perniagaan seperti menjual pelbagai jenis makanan dan juga katering kecil-kecilan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau mempunyai akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mendaftar sebagai ahli di PEDi Lenggong saya berterusan mengikuti kelas, program dan pertandingan yang dianjurkan di PEDi Lenggong. Antara kelas yang disertai adalah kelaskeusahawanan seperti kemahiran Whatsapp Business, Canva dan Facebook Marketplace. Manakala kelas ICT lain yang disertai adalah Microsoft Office. Puan Noor Syilahizam juga turut menyertai pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan video kreatif.

 

       


USAHAWAN  MAKANAN

Nama

Nor Azlili Binti Adnan

Umur

: 46 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Puan  Norazlili merupakan usahawan makanan di Lenggong. Beliau menjual lauk pauk dan sate.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menyertai kelas di PEDi Lenggong,Puan Norazlili hanya menggunakan Whatsapp biasa sahaja dan menggunakan facebook sebagai medium hebahan untuk perniagannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mendaftar sebagai ahli PEDi Lenggong,beliau telah mengikuti  kelas anjuran PEDi Lenggong terutama kelas keusahawanan.Selepas belajar di PEDi Lenggong , beliau mula menggunakan Whatsapp Business yang mana lebih professional untuk perniagaannya. Puan Norazlili juga belajar memasarkan produknya  di Facebook Marketplace.

 

             


BELAJAR ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Ainol Arami Bin Ahmad Arabi

Umur

: 37 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Encik Ainol Arami merupakan seorang kakitangan kerajaan. Telah menjadi ahli Pusat Internet Lenggong pada januari 2020 setelah mengikuti program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Lenggong bersama Pusat internet Lenggong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum berdaftar menjadi ahli PEDi Lenggong, beliau sederhana mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Publisher.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pelbagai kelas telah diikuti oleh Encik Ainol Arami seperti Microsoft Office Word, Microsoft Power Point,Microsoft Excel, Microsoft Publisher dan e-Pembelajaran. Melalui kelas yang dijalankan di PEDi Lenggong, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office.Beliau juga turut mempelajari kelas au turut mempelajari Adobe Photoshop, Canva dan beberapa aplikasi lain yang berkaitan dengan tugasan beliau.

 

 


USAHAWAN POKOK HIASAN

Nama

Nur Shahidawani Binti Bokhairi

Umur

: 19 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Cik Shahidawani menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis pokok bunga dan kelengkapan bunga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, Cik Shahidawani sangat aktif berniaga menggunakan akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sahaja..

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Di PEDi Lenggong banyak yang telah dipelajari antaranya cara-cara menggunakan Whatsaap Business, membuat pelekat produk menggunakan Adobe Photoshop dan membuat akaun kira-kira perniagaan menggunakan Microsoft Excel.