USAHAWAN MAKANANAN DAN “CASH ON DELIVERY” (COD)

Nama

Noor Atikah Binti M. Sharani

Umur

: 28Tahun

Ahli

: 2022

 

Latar belakang

Puan Atikah menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis makanan secara cod.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi Lenggong, beliau mempunyai akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sahaja. Segala promosi perniagaannya hanya melalui aplikasi Whatsapp.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas keusahawanan yang dijalankan di PEDi Lenggong, Puan Atikah dapat mempelajari cara-cara menghasilkan copywriting yang lebih menarik untuk produk jualannya. Beliau juga belajar cara-cara menggunakan Whatsapp Business untuk mempromosikan hasil jualan dengan lebih teratur dan professional. Selain itu PEDi Lenggong juga mengajar beliau cara-cara menjual di platform Facebook Marketplace.      

 

                                          


USAHAWAN MAKANAN DAN “CASH ON DELIVERY” (COD)

Nama

Nor Diana Binti Hasan

  Umur

   : 32 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Diana menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis kuih-muih di gerai dan juga secara cod.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Diana seorang pengguna media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Namun begitu beliau kurang mahir menggunakan aplikasi tersebut untuk mempromosi dan menjual produk beliau secara atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mengikuti kelas keusahawanan anjuran PEDi Lenggong,Puan Diana telah mempelajari cara penggunan Whatsapp Bisnes dan Market Place untuk mempromosikan produk beliau. Selain itu, Puan Diana juga telah mempunyai kedai E-Dagang (Shopee). Sehingga kini,beliau masih mengikuti kelas anjuran PEDi dan terlibat dengan program-program PEDi Lenggong.

 

      


MENGUASAI PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE DAN MULTIMEDIA

Nama

Nurul Qadrina Binti Abdul Harani

Umur

: 18 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Cik Nurul Qadrina telah mendaftar sebagai ahli PEDi Lenggong pada tahun 2015 dan sentiasa menggunkan kemudahan di PEDi Lenggong untuk membuat tugsan sekolah beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, cik Qadrina hanya mengetahui asas microsoft Word dan internet sahaja. Memandangkan jarak rumahnya dengan PEDi berdekatan, cik Qadrina mula meluangkan masanya di PEDi dan mengikuti program-program yang dijalankan di PEDi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas yang dijalankan di PEDi Lenggong, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Excel, microsoft word, microsoft power point dan adobe photoshop. Kelas yang berterusan banyak membantu beliau untuk lebih mahir dalam ilmu ICT dan memudahkan urusan pembelajarannya ke peringkt yang lebih tinggi.

 


MENGUASAI PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE

Nama

Nurul Hanam Binti Zabri

Umur

: 41 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Puan Nurul Hanam merupakan seorang kakitangan kerajaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sederhana mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power Point   dan Microsoft Publisher. Memandangkan kerja beliau memerlukan kemahiran komputer, beliau telah mendaftar ahli PEDi Lenggong bagi memudahkan beliau mengikuti kelas komputer anjuran PEDi Lenggong.                                                                                  

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Melalui kelas yang dijalankan di PEDi Lenggong, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Word,Microsoft Power Point, Microsoft Publisher dan Microsoft Excel. Walaupun begitu, beliau masih mengikuti kelas anjuan PEDi Lenggong dari masa ke semasa untuk menambah ilmu komputer yang baru.

 


USAHAWAN PRODUK KESIHATAN

Nama

Nur Izzatul Nadhirah Binti Kamis

Umur

: 26 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Puan Nur Izzatul Nadhirah berumur 26 tahun dan merupakan kakitangan swasta dan usahawan di Lenggong.Puan Izzatul Nadhirah menjalankan perniagaan menjual aromaterapi dan produk kesihatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sederhana mahir menggunakan Facebook dan Whatsappuntuk urusan perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah melibatkan diri dengan PEDi Lenggong, Pn Izzatul Nadhirah lebih mahir menggunakan Facebook dan Whatsapp untuk bisnes. Beliau mula mencipta kedai E-Dagang (Shopee) dan mengikuti program yang dijalankan di PEDi. Selain kelas-kelas e dagang , beliau turut menambah pengetahuan dengan mengikuti kelas Microsoft excel dan multimedia seperti adobe photoshop,canva dan membina poster menggunakan aplikasi atas talian.