BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Chan Sook Wei

Umur

: 43 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Puan Chan Sook Wei merupakan guru tadika di Lenggong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai proram anjuran PIK Lenggong, Puan Chan Sook Wei hanya mempunyai asas Microsoft Word dan penggunaan internet sahaja. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran telah membuatkan Puan Chan Sook Wei mencari alternative untuk mempelbagaikan pengetahuan beliau dalam memahirkan penggunaan komputer. Oleh kerana itu, Puan Chan Sook Wei telah mengikuti kelas secara percuma di Pusat Internet Komuniti Lenggong.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan di PIK Lenggong, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office. Saya berminat untuk belajar komputer kerana sudah lama ketinggalan. Antara kelas yang diikuti oleh Puan Chan Sook Wei adalah seperti membuat surat dan jadual (Microsoft Word), membuat pembentangan (Microsoft Power Point), membuat akaun kira-kira dan data entry (Microsoft Excel) dan membuat kalendar dan kad ucapan (Microsoft Publisher). Sehingga kini Puan Chan Sook Wei masih lagi mengikuti kelas yang dianjurkan di PIK Lenggong.

 

 

 


USAHAWAN MAKANAN DAN PAKAIAN

Nama

Asmaeyah Binti Sihabuddin

Umur

: 36 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Asmaeyah berumur 36 tahun dan merupakan seorang kakitangan swasta dan usahawan kecil di Lenggong. Puan Asmaeyah menjul pelbagai jenis roti dan pakaian yang menggunakan kaedah celup seperti tshirt,kemeja,kaftan dan tudung.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan Pusat Internet Komuniti, beliau kurang mahir menggunakan Microsoft Office dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas mendaftar sebagai ahli di PIK Lenggong pada tahun 2017, Puan Asmaeyah telah menyertai pelbagai kelas, program dan pertandingan yang dianjurkan. Antara kelas yang disertai adalah Microsoft Office, Adobe Photoshop, E-Pembelajaran dan E-Dagang (Shopee) manakala program yang disertai adalah seperti Hari Bersama Komuniti dan Jom Sihat. Melalui kelas-kelas yang disertai, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office serta menghasilkan banner dan risalah untuk produk beliau.

 

 

 

  


BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Shahariah Binti Suwapli

Umur

: 39 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Puan Shahariah merupakan suri rumah sepenuh masa. Walaupun seorang suri rumah,namun Puan Shahariah aktif mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Komuniti Lenggong seperti Kelas Bahasa Inggeris,Kelas Tarian dan kelas komputer anjuran PIK Lenggong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai proram anjuran PIK Lenggong, Puan Shahariah hanya mempunyai asas Microsoft Word dan penggunaan internet sahaja. Dengan minat untuk mempelajari sesuatu yang baru beliau telah mendaftar sebagai ahli PIK Lenggong untuk menyertai kelas komputer secara percuma.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan di PIK Lenggong, beliau sudah mahir menggunakan Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Antara kelas yang disertai adalah Microsoft Word,Microsoft Power Point,Microsoft Excel,Microsoft Publisher,Adobe Photoshop dan E-Pembelajaran. Banyak ilmu yang diperolehi melalui kelas di PIK Lenggong seperti membuat surat, jadual dan resume (Microsoft Word), membuat pembentangan (Microsoft Power Point), membuat akaun kira-kira dan data entry (Microsoft Excel), membuat kalendar dan kad ucapan (Microsoft Publisher) dan membuat poster dan banting (Adobe Photoshop). Pn Shahariah juga belajar cara-cara membuat poster secara atas talian menggunakan website postermywall.com. Sehingga kini beliau masih lagi mengikuti kelas yang dianjurkan di PIK Lenggong.

 

 


USAHAWAN MAKANAN DAN PENGHANTAR MAKANAN

Nama

Noor Syilahizam Binti Nordin

Umur

: 42 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Puan Noor Syilahizam merupakan pengusaha gerai makanan yang menjual pelbagai jelis makanan seperti,burger,laksa,nasi lemak,kuih muih,ayam goring,cendol,pelbagai minuman dan kuih muih sejuk beku. Selain menjual makanan, beliau turut menjadi penghantar makanan bagi usahawan-usahawan lain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan Pusat Internet Komuniti Lenggong, beliau mempunyai akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sahaja. Segala promosi perniagaannya hanya melalui aplikasi Whatsapp.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas menyertai kelas-kelas anjuran Pusat Internet Komuniti Lenggong seperti Microsoft Office dan internet, Puan Noor Syilahizam lebih mahir menggunakan internet untuk urusan perniagaannya. Melalui penggunaan internet juga, Puan Noor Syilahizam dapat mempelbagaikan kaedah promosi dan juga dapat mencari idea baru.

 

    


USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN

Nama

: Rosmalawati Binti Ismail

Umur

: 48 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Rosmalawati berumur 48 tahun dan merupakan seorang guru di Lenggong. Beliau menjalankan perniagaan menjual produk kecantikkan secara sambilan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan Pusat Internet Komuniti, beliau kurang mahir menggunakan Microsoft Office dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas mendaftar sebagai ahli di PIK Lenggong pada tahum 2016, Puan Rosmalawati sering mengikuti kelas, program dan pertandingan yang dianjurkan. Antara kelas yang saya sertai adalah Adobe Photoshop dan Microsoft Office manakala program yang disertai adalah seperti Hari Bersama Komuniti. Beliau juga sering menyertai pertandingan yang dianjurkan PIK Lenggong seperti pertandingsn video kreatif. Setelah mengikuti kelas dan program anjuran PIK Lenggong, Puan Rosmalawati semakin mahir menggunakan Microsoft office terutamanya Microsoft Excel dan membuat video.