USAHAWAN PRODUK MAKANAN DAN PATI MINYAK AROMATERAPI

Nama

: Nur Izzatul Nadhirah Binti Kamis

Umur

: 25 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Cik Izzatul Nadhirah berumur 25 tahun dan merupakan pelajar pengajian jarak jauh (PJJ) dan seorang usahawan di Lenggong. Menjalankan perniagaan menjual pelbagai produk makanan dan pati minyak aromaterapi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan Pusat Internet Komuniti Lenggong, beliau mempunyai akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas menyertai kelas-kelas anjuran Pusat Internet Komuniti Lenggong seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop, Cik Nadhirah lebih mahir menggunakan internet untuk urusan perniagaan Melalui kelas Adobe Photoshop, beliau belajar cara-cara membuat banting dan poster perniagaan.

 

 


BELAJAR ASAS MICROSOFT OFFICE DAN INTERNET

Nama

: Wong Ching Nee

Umur

: 37 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Puan Wong Ching Nee merupakan suri rumah dan guru tuisyen Bahasa Mandarin.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Pn Wong Ching Nee hanya mempunyai asas Microsoft word dan penggunaan internet sahaja

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas yang disertai beliau di Pusat Internet Komuniti Lenggong, beliau telah mahir menggunakan Microsoft Office dan Adobe Photostop selain penggunaan internet.Pelbagai kelas telah disertai oleh beliau antaranya Kelas Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel,Microsoft Publisher, Adobe Photoshop dan E-Pembelajaran.

 


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Aida Merduwati Binti Mohd Yusup

Umur

: 49 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Pn Aida merupakan seorang usahawan di Lenggong. Puan Aida menjual pelbagai produk makanan sendiri. Produk makanan yang mendapat permintaan ramai adalah rending hitam daging dan serunding jambi menggunakan jenama Bonda Merdu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau mempunyai akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sahaja tetapi masih kurang pengetahuan tentang perniagaan atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mengikuti kelas di Pusat Internet Komuniti Lenggong seperti Bengkel Shopee, Kelas Adobe Photoshop dan kelas microsoft office, beliau semakin mahir dalam memperluaskan jualan beliau. Contohnya melalui kelas adobe photoshop, Pn Aida mampu menghasilkan design bunting perniagaan dan sticker produk sendiri.

 

   


USAHAWAN ATAS TALIAN

Nama

: Mashitah Binti Mohd Hariri

Umur

: 26 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Cik Mashitah berumur 26 tahun dan merupakan seorang kakitangan kerajaan di Lenggong. Beliau juga menjalankan perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Cik Mashitah telah mempunyai asas dalam mengunakan Microsoft office dan internet. Namun begitu beliau masih tiada asas dalam kemahiran grafik. Cik Mashitah telah mengikuti kelas grafik seperti adobe photoshop, canva dan posterMywall.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mengikuti kelas di Pusat Internet Komuniti Lenggong seperti kelas Microsoft Office , kelas grafik dan internet, beliau semakin mahir menggunakan perisian tersebut. Selain itu, Cik Mashitah berpeluang menyertai pelbagai kuiz dan pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Lenggong disamping dapat meluaskankan jaringan perniagaan beliau.

 

   

 


BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Pn Masitah Binti Sadari

Umur

: 52 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Pn Masitah berminat untuk belajar komputer tetapi tidak berpeluang kerana kekangan waktu dan perlu menumpukan perhatian menjaga anak yang kurang upaya di rumah dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan gerai makanan. Tetapi setelah melihat rakan menyertai kelas di Pusat Internet Lenggong, beliau berminat untuk turut serta.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Pn Masitah tidak mempunyai asas komputer dan tidak pernah menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaanya Pn Dzuraida belajar cara-cara untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Seterusnya melalui perisian Microsoft Word, beliau telah diajar cara-cara membuat surat rasmi, surat jemputan majlis dan ‘flyers’.Melalui kelas yang dijalankan di PI Lenggong, beliau sudah mahir dengan penggunaan tetikus dan papan kekunci, Microsoft Word dan Internet.