BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Pn Dzuraida Binti Zainun

Umur

: 64 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Puan Dzuraida merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau sering mengikuti program-program yang dijalankan oleh Pusat Internet Lenggong. Bermula dari situ, Pn Dzuraida mula berminat untuk belajar menggunakan komputer walau pun tidak mempunyai asas komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Pn Dzuraida tidak mempunyai asas komputer dan tidak pernah menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaanya Pn Dzuraida belajar cara-cara untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci. Seterusnya beliau diajar cara-cara membuat surat rasmi dan ‘flyers’ menggunakan Microsoft Word. Seelain itu, Pn Dzuraida turut mempelajari cara-cara menggunakan internet untuk memudahkan urusan harian.Melalui kelas yang dijalankan di PI Lenggong, beliau sudah mahir dengan penggunaan tetikus dan papan kekunci, Microsoft Word dan Internet.

 


PERNIAGAAN MAKANAN DAN HOME TUTOR

Nama

: Noorfateen Rushda Aleeya Binti Abdul Shukur

Umur

: 28 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Cik Aleeya berumur 28 tahun dan merupakan seorang usahawan kecil-kecilan di Lenggong. Cik Aleeya menjalankan perniagaan menjual makanan secara ‘Cash On Delivery’ (COD).Beliau juga menyediakan perkhidmatan ‘home tutor’ untuk kanak-kanak pra sekolah dan tadika.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Pusat Internet, Cik Aleeya sudah mempunyai akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp dan mahir menggunakan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Aleeya telah mendaftar sebagai ahli PI Lenggong pada tahun 2016. Pada ketika itu, Cik Aleeya hanya menggunakan komputer untuk mencari bahan rujukan pembelajaran. Tetapi beliau mula mengikuti kelas di PI Lenggong pada tahun 2019. Antara kelas yang dihadiri adalah Microsoft Excel. Melalui kelas ini beliau telah belajar secara terperinci cara-cara untuk membuat akaun perniagaan, memasukkan data, graf dan formula untuk memudahkan kerja seharian. Selain itu, Cik Aleeya sering mengikuti pertandingan kuiz yang dianjurkan oleh Pusat Internet Lenggong.

 


BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Nor Asikin Binti Abu Sepian

Umur

: 53 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Puan Nor Asikin bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah di Sekolah Kebangsaan Banggol Belimbing, Lenggong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mempunyai asas Microsoft Word dan penggunaan internet sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Nor Asikin telah mengikuti kelas Adobe Photoshop dan Microsoft Excel. Melalui kelas Adobe Photoshop beliau telah belajar cara-cara merekacipta banting dan ilmu ini akan digunakan untuk merekacipta poster untuk program di sekolah. Untuk kelas Microsoft Excel, beliau telah belajar cara-cara menggunakan autofill, formula dan mail merge. Ilmu ini memudahkan tugasan harian beliau seperti memasukkan data RMT pelajar dan ‘print’ sijil secara mudah dan pantas.


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Zurainie Binti Abdul Hamid

Umur

: 38 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Pn Zurainiemerupakan peniaga kecil-kecilan di Lenggong Pn Zurainie menjalankan perniagaan menjual sarapan pagi seperti nasi lemak,bihun goreng,mee goreng dan kuih muih. Jualan beliau bermula seawal jam 6.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi setiap hari isnin hingga jumaat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sahaja tetapi masih kurang pengetahuan berkaitan internet dan aplikasi komputer yang lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Zurainie mendaftar sebagai ahli PI selepas menghadiri Hari Bersama Komuniti di PI Lenggong. Kemudian beliau mengikuti kelas yang memfokuskan kepada penggunaan internet. Selain itu, Pn Zurainie selalu mengikuti program di PI Lenggong seperti Hari Bersama Komuniti, Jom SIhat dan Santai ICT. Di samping itu juga, beliau menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh PI Lenggong untuk meningkatkan ilmu ICT.

 

   


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Salamiah Binti Yahaya

Umur

: 44 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Puan Salamiah berumur 44 tahun dan merupakan seorang kakitangan awam dan usahawan di Lenggong.Beliau menjual aiskrim di pasar malam sekitar Lenggong dan menerima tempahan untuk sebarang majlis.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mahir menggunakan Facebook dan Whatsapp serta mempunyai asas penggunaan Microsoft Word.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas di PI Lenggong, Pn Salamiah semakin mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft Excel, e-Rezeki dan internet. Petugas PI Lenggong juga mengajar beliau cara-cara mempromosikan produk di My Shop.