USAHAWAN DROPSHIP

Nama

Suria Binti Abdul Rahim

Umur

: 39 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Suria berumur 39 tahun dan merupakan kakitangan swasta dan usahawan di Lenggong.Puan Suria menjalankan perniagaan secara agen dan dropship.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, beliau baru belajar menggunakan Facebook dan Whatsapp.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengenali PEDi, beliau semakin mahir menggunakan Facebook dan Whatsapp untuk bisnes. Selain itu , Pn Suria sering mengikuti program yang dijalankan di PEDi (selain kelas) dan perniagaan dropship beliau juga semakin mendapat perhatian ramai.


MENGUASAI PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE DAN MULTIMEDIA

Nama

: Nur Adlina Binti Amri

Umur

: 22 Tahun

Ahli

: 2022

 

Latar belakang

Cik Nur Adlina adalah pelajar lepasan Diploma di sebuah Politeknik. Sementara menunggu tawaran melanjutkan pelajaran ke pringkat ijazah sarjana muda, Cik Nur Adlina ingin mempelajari penggunaan Microsoft Office dengan lebih mendalam disamping mencari ilmu-ilmu baru berkenaan penggunaan komputer dan internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi , Cik Nur Adlina telah mempunyai asas Microsoft Word dan penggunaan internet .

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Melalui kelas yang dijalankan di PEDi Lenggong beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Petugas PEDi Lenggong turut mengajar Cik Nur Adlina menggunakan kaedah lebih pantas ( shortcut) bagi memudahkan penggunaan Microsoft Office dan Adobe Photoshop.


USAHAWAN PRODUK HIASAAN RUMAH

Nama

Nurma Binti Ishak

Umur

: 46 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Puan Nurma berumur 46 tahun. Beliau merupakan kakitangan awam dan usahawan di Lenggong.Menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis produk hiasan dan kelengkapan rumah

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi Lenggong, beliau mempunyai akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sahaja. Segala promosi perniagaannya hanya melalui aplikasi Whatsapp.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pn Nurma sering mengikuti kelas di PEDi Lenggong bermula dari tahun 2019 sehingga sekarang. PEDi Lenggong telah mengajar beliau kelas Microsoft Office, Adobe Photoshop dan E-Dagang (Shopee). Melalui kelas-kelas yang disertai, Pn Nurma semakin mahir menggunakan internet, Microsoft Word,Adobe Photoshop dan telah mempunyai akaun E-Dagang (Shopee) sendiri.

 


USAHAWAN KOSMETIK DAN KELENGKAPAN WANITA

Nama

Zunita Binti Mohamed Rusli

Umur

: 52 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Puan Zunita berumur 52 tahun dan merupakan usahawan di Lenggong Menjalankan perniagaan menjual pelbagai barangan kelengkapan wanita.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau mahir menggunakan Facebook dan Whatsapp. Mempunyai asas penggunaan Microsoft Word.     

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mengikuti kelas dan program anjuran PEDi Lenggong, Pn Zunita semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel. Selain itu,Pn Zunita telah mempelajari aplikasi-aplikasi mudah secara online seperti membuat poster menggunakan PosterMyWall, mengedit gambar jualan dan sebagainya. PEDi Lenggong turut membantu beliau mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui atas talian.

         


BELAJAR ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Kalthum Binti Ayub

Umur

: 60 Tahun

Ahli

: 2021

 

Latar belakang

Puan Kalthum berumur 60 tahun dan merupakan pesara swasta.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi Lenggong, Puan Kalthum hanya mempunyai asas Microsoft Word sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas yang dijalankan di PEDi Lenggong, beliau lebih mahir menggunakan Microsoft Word. Setelah mendaftar sebagai ahli PEDi Lenggong pada tahun 2021, Puan Kalthum semakin mendalami kemahiran Microsoft Word dengan latihan-latihan yang diberi seperti membuat surat rasmi, jadual dan poster . Selain itu, beliau turut menyertai program anjuran PEDi Lenggong iaitu program 5000 Langkah danJom Sihat. Puan Kalthum juga pernah menyertai pertandingan video kreatif. Sehingga kini beliau masih lagimengikuti kelas yang dijalankan di PEDi Lenggong.