BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Suria Binti Abdul Rahim

Umur

: 34 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Suria merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan berniaga kecil-kecilan sahaja. Beliau tidak mempunyai sebarang asas komputer tetapi sangat berminat untuk belajar. Maka beliau datang ke PI Lenggong untuk mendaftar sebagai ahli dan seterusnya mengikuti kelas yang dijalankan di PI Lenggong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Suria tidak mempunyai sebarang asas komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan di PI Lenggong, Puan Suria telah pun mempunyai asas Microsoft Office (Word/Powerpoint/Publisher) dan juga belajar cara membuat email dan membuka akaun Facebook sendiri.

 


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Fatin Farhana Binti Abd Ghaffar

Umur

: 26 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Fatin Farhana berumur 26 tahun dan merupakan peniaga online. Beliau menjual barangan kecantikan dan pakaian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Fatin Farhana hanya mempunyai asas komputer sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Fatin Farhana pernah mengikuti kelas media sosial (cara untuk membuat Facebook Page) untuk perniagaan online beliau.

 

 


BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: En Sufian Bin Yeop

Umur

: 74 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

En Sufian merupakan seorang pesara kerajaan. Beliau mula mengenali Pusat Internet sejak 2010 lagi semasa beliau masih bergiat aktif di dalam NGO. Setelah beliau bersara dari semua aktiviti , beliau mula meluangkan masa untuk belajar komputer di Pusat Internet Lenggong bagi mengisi masa terluang beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, En Sufian telah mempunyai asas microsoft word dan internet walau pun masih kurang mahir penguasaannya

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Untuk mengisi masa lapang sebagai pesara, En Sufian telah mengikuti kelas Microsoft Word, Microsoft Power Point dan internet untuk menambah ilmu ICT. Beliau juga turut mempelajari cara-cara menggunakan komputer riba kerana beliau mempunyai sebuah komputer riba tetapi kurang mahir menggunakannya..Selain itu, En Sufian juga sentiasa mengikuti program di PI selain kelas seperti Hari Bersama Komuniti, Program Dashboard Komuniti, Program Jom Sihat dan lain-lain lagi. Kini En Sufian semakin mahir menggunakan komputer dan internet.

 


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Nooraini Binti Zailani

Umur

: 33Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar Belakang

Puan Nooraini berumur 33 tahun dan merupakan guru dan usahawan online. Beliau menjual pelbagai jenis produk kesihatan dan makanan

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau dikategorikan sebagai celik IT kerana telah pun mahir menggunakan internet dan Microsoft Word.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau berjaya menambah ilmu ICT seperti Microsoft Excel, Adobe Photoshop, dan aplikasi online (Powtoon/Canva/PosterMyWall)

 


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Nur Erni Asyira Binti Mohd Asri

Umur

: 19 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Cik Erni Asyira merupakan peniaga kecil-kecilan di Lenggong dengan membantu perniagaan bapanya iaitu berniaga makanan di gerai. Menu popular di gerai beliau adalah nasi ayam berempah, mee udang, mee kari, laksa dan ais kacang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai sedikit asas komputer sahaja. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana berminat untuk mengikuti kelas ICT dan keusahawanan yang dijalankan di PI Lenggong.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak menjadi ahli Pusat internet Lenggong pada febuari 2017, Cik Erni Asyira telah mempelajari kelas ICT dan keusahawanan. Kelas grafik yang dipelajari di Pusat Internet telah membantu Cik Erni menghasilkan banner untuk perniagaan bapanya. Petugas Pusat Internet juga turut membantu beliau menjual produk di MyShop dan perniagaan online yang lain.