USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

 

Nama

: Pn Saharawati Binti Abdul Hamid

Umur

: 39 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Saharawati merupakan seorang usahawan di Lenggong. Beliau menjalankan perniagaan menjual ikan pekasam, keropok lekor Kelantan dan sewaan inap desa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mempunyai asas komputer tetapi agak kurang mahir untuk mempromosikan produk di media sosial seperti Facebook. Sebelum penglibatan di PI Lenggong beliau memohon bantuan rakan untuk membuat blog mempromosikan inap desa kepunyaannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak menjadi ahli Pusat internet Lenggong, Pn Saharawati lebih mahir untuk menggunakan internet dan telah mengemaskini blognya sendiri. Pn Saharawati juga mempelajari Microsoft excel untuk membuat akaun perniagaannya sendiri.

 

 


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Pn Zunita Binti Mohamed Rusli

Umur

: 48 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Zunita merupakan seorang usahawan di Lenggong. Beliau menjalankan perniagaan kedai makan yang menjual pelbagai jenis menu seperti laksa,mee rebus, mee kari,nasi lemak dan bihun sup. Selain itu, beliau juga menjual pelbagai jenis biskut dan coklat untuk perayaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Pusat Internet Lenggong, Pn Zunita telah mempunyai asas komputer namun beliau kurang mahir menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak menjadi ahli Pusat internet Lenggong pada febuari 2018, Pn Zunita telah melibatkan diri di dalam setiap kelas dan aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet Lenggong.Pn Zunita telah mempelajari cara-cara untuk mempromosikan perniagaan dan produk jualan di dalam Group Facebook “Makan Best Lenggong” yang mana merupakan Group Facebook aktif membantu komuniti Lenggong mempromosikan produk masing-masing. Petugas Pusat Internet juga turut membantu beliau menjual produk di MyShop.

 


USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Norizan Binti Shahidin

Umur

: 59 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Norizan Binti Shahidin merupakan usahawan kecil dan sederhana di daerah Lenggong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norizan merupakan usahawan kecil dan sederhana yang mengambil pelbagai jenis tempahan kuih muih dan kek. Sebelum penggunaaan ICT, Puan Norizan hanya menerima tempahan melalui rakan-rakan setempat sahaja walaupun Puan Norizan mempunyai asas penggunaan computer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari tentang keberkesanan pemasaran melalui atas talian, Puan Norizan telah berdaftar menjadi ahli Pusat Internet Lenggong dan telah mempelajari semula asas penggunaan komputer dengan lebih berkesan. Kemudian Puan Norizan mula mempelajari cara mempromosikan hasil jualan beliau melalui facebook dan whatsapp.

Selain itu, Puan Norizan telah mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet Lenggong dan mengunakan masa lapangnya dengan mengunjungi Pusat internet untuk mempelajari resepi-resepi baru melalui youtube dan blog-blog masakan.

 

 


BELAJAR MENAIP, ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

Nama

: Pn Aisah Bt Mat Yusop

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Pn Aisah merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa. Beliau mula mengenali Pusat Internet setelah menemani anak beliau mencari bahan rujukan untuk kerja kursus dan melihat beberapa orang warga emas telah mengikuti latihan asas komputer di Pusat Internet. Bermula dari situ, telah timbul minat beliau untuk bertanya dan menyertai kelas-kelas yang dijalankan oleh Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet, Pn Aisah tidak mempunyai sebarang asas komputer dan tidak tahu cara menggunakannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan di Pusat Internet Lenggong, beliau sudah mempunyai asas menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Publisher,Microsoft Excel dan internet. Beliau juga telah mempunyai emel dan facebook.

 


USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

Nama

: Nooreha Binti Hj Kamaruddin

Umur

: 53 tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Nooreha Binti Hj Kamaruddin merupakan usahawan Industri Kecil Dan Sederhana di kawasan Lenggong. Beliau menjual pelbagai jenis kerepek seperti kerepek pisang, kerepek ubi pedas,kerepek gunting dan simpul kasih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Nooreha berminat untuk mengembangkan hasil jualan beliau melalui kaedah dalam talian. Namun begitu, beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas berkaitan penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan peluang yang disediakan di Pusat Internet  Lenggong, Pn Nooreha telah berusaha mempelajari asas penggunaan komputer. bermula dengan mempelajari penggunaan mouse dan keyboard, beliau mula seronok untuk mempelajari dengan lebih mendalam. Beliau telah mempelajari Microsoft Office ( Word, Excell,Power Point, Publisher), Internet (facebook) dan pelbagai media sosial yang lain seperti whatapps.

Hampir setiap hari, Pn Nooreha telah hadir ke Pusat Internet  untuk mempelajari ilmu-ilmu baru. Beliau turut mempunyai akaun facebook sendiri untuk mempromosikan produk jualan sendiri. Selain itu, Puan Nooreha tidak melepaskan peluang mengikuti kursus-kursus lain yang disediakan di Pusat Internet  Lenggong seperti kursus E-Rezeki untuk menambahkan pendapatan sampingan.